Blog

Titah DYMM Sultan Selangor sempena Sidang DNS 2016

TITAH UCAPAN D.Y.M.M. SULTAN SELANGOR DI ISTIADAT PEMBUKAAN PERSIDANGAN PENGGAL KE-4 DEWAN NEGERI SELANGOR YANG KE-13 TAHUN 2016

Assalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh dan Selamat Sejahtera
Bismillahir Rahmanir Rahim

Alhamdulillah, Beta bersyukur ke hadrat Allah Subhanahu Wata’ala kerana dengan limpah dan rahmatNya Beta dapat berangkat untuk menyempurnakan Istiadat Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2016.

SultanBeta berkenan kerana Negeri Selangor kini berkembang di peringkat serantau sebagai sebuah negeri yang maju, dinamik dan rakyatnya hidup dalam keadaan yang aman dan harmoni.

Biarpun negara hari ini berdepan dengan cabaran ekonomi domestik dan global yang suram, Beta bersyukur kerana negeri Beta berjaya mencatatkan prestasi yang meyakinkan.

Kejayaan ini dapat Beta saksikan apabila Kerajaan Negeri berjaya meningkatkan peratusan belanja pembangunan kepada lima puluh peratus (50%) dan mengurangkan belanja mengurus kepada lima puluh peratus (50%) demi kepentingan rakyat selaras dengan konsep Negeri Pembangunan atau Developmental State.

Beta percaya keputusan ini diambil hasil kejayaan yang dicapai pada tahun lalu apabila negeri Beta mencatatkan lebihan hasil sebanyak Ringgit Malaysia Lima Ratus Tujuh Puluh Tujuh Juta (RM577 juta).

Dengan pendapatan tersebut, rizab negeri Beta telah meningkat kepada Ringgit Malaysia Tiga Perpuluhan Empat Bilion (RM3.4 bilion), paras terbaik yang pernah dicapai.

Beta amat berkenan dengan langkah Kerajaan Negeri menggunakan kedudukan kewangan yang mantap ini untuk melaksanakan keadilan dalam pengagihan atau distributive justice.

Beta berkenan Kerajaan Negeri meluluskan kemudahan mikro kredit sejumlah Ringgit Malaysia Seratus Juta (RM100 juta) untuk membantu rakyat Beta mengupayakan perniagaan mereka.

Lebih daripada lapan belas ribu (18,000) peniaga telah mendapat manfaat yang melibatkan pembiayaan dari Kerajaan Negeri berjumlah Ringgit Malaysia Sembilan Puluh Dua Juta (RM92 juta). Beta berharap agar program ini diteruskan untuk membawa lebih ramai rakyat Beta keluar dari kemiskinan.

Dasar Bank Negara Malaysia memperketatkan kemudahan kredit membuat Kerajaan Negeri mengambil langkah yang lebih inovatif bersama bank tempatan dalam Skim Khas Pembiayaan Rumah Rakyat untuk membolehkan rakyat Beta yang berpendapatan rendah dan sederhana memiliki rumah kos rendah dan mampu milik.

Kerajaan Negeri Beta begitu prihatin dengan beban kos sara hidup yang tinggi di kalangan rakyat. Beta gembira di atas usaha Kerajaan Negeri mengecualikan cukai taksiran bagi tahun 2016 untuk pemilik rumah kos rendah dan rumah di kampung tradisi Melayu dan kampung baru Cina.

Penjaja, peniaga gerai dan pasar juga menikmati insentif Kerajaan Negeri yang mengecualikan bayaran lesen bagi tahun 2016. Sebanyak Ringgit Malaysia Enam Puluh Empat Juta (RM64 juta) telah dinikmati oleh rakyat Beta dari pengecualian ini.

Perasmian Bas Smart Selangor di Kajang oleh MB Azmin (ASRI) (7)Rakyat Beta bergembira dengan langkah Kerajaan Negeri meluluskan sejumlah Ringgit Malaysia Sepuluh Juta (RM10 juta) bagi tahun 2016 untuk memperluaskan perkhidmatan Bas Smart Selangor ke kawasan luar bandar mulai pertengahan tahun ini dengan pertambahan sebanyak lima belas (15) unit bas.

Kini terdapat empat puluh satu (41) buah Bas Smart Selangor yang sedang beroperasi dalam kawasan perbandaran dengan mempunyai kemudahan WiFi dan mesra Orang Kurang Upaya di enam (6) Pihak Berkuasa Tempatan iaitu Klang, Shah Alam, Subang Jaya, Ampang Jaya, Kajang dan Petaling Jaya.

Rakyat Beta hari ini dihubungkan oleh jaringan internet jalur lebar berkelajuan tinggi. Kesungguhan Kerajaan Negeri menyediakan dua ribu lima ratus (2,500) lokasi hotspot dengan kos Ringgit Malaysia Enam Belas Juta (RM16 juta) setahun bagi perkhidmatan percuma WiFi.

Smart Selangor bukan sahaja akan memberi impak dalam usaha meningkatkan keupayaan digital tetapi juga dapat membantu golongan usahawan memajukan perniagaan mereka melalui e-dagang yang dibangunkan oleh Selangor Information Technology & E-Commerce Council (SITEC).

Pelaksanaan semua inisiatif yang memudahkan rakyat ini sememangnya menepati seruan supaya berlaku adil dan berbuat ihsan.

Prinsip keadilan dalam pengagihan ini amat penting supaya kekayaan negeri dapat dinikmati oleh sekalian rakyat Beta dan kekayaan tidak berlegar di kalangan golongan tertentu sahaja.

Amalan tadbir urus Kerajaan Negeri yang mantap, pengamalan prinsip ketelusan dan bertanggungjawab semakin memperkukuhkan keyakinan pelabur terhadap negeri Beta.

Berdasarkan laporan Malaysian Investment Development Authority (MIDA), Selangor berjaya mencatatkan kedudukan di tangga kedua dalam pelaburan sektor perkhidmatan dengan nilai pelaburan Ringgit Malaysia Dua perpuluhan Tiga Enam Bilion (RM2.36 bilion).

Selangor majuSelangor juga berjaya menduduki tempat ketiga dalam pelaburan sektor pembuatan dengan jumlah pelaburan bernilai Ringgit Malaysia Tujuh perpuluhan Sembilan Enam billion (RM7.96 bilion).

Negeri Beta perlu terus maju. Justeru itu, Selangor sentiasa memerlukan pelaburan asing dan domestik untuk terus berdaya saing terutamanya pelaburan dalam bidang yang bersifat intensif modal dan dalam sektor teknologi tinggi.

Demi merealisasikan hasrat ini, Selangor perlu memiliki ciri-ciri yang positif dan mesra pelabur di kalangan masyarakat perniagaan.

Pendekatan ‘bersemuka dan berbincang’ atau engagement yang dilakukan melalui dialog dan perkongsian pandangan bersama diplomat dan komuniti perniagaan menjadikan imej Negeri Selangor lebih kukuh di persada antarabangsa.

Beta menaruh keyakinan bahawa negeri Beta yang diterajui oleh pasukan Memanda Dato’ Menteri Besar dapat mengekalkan keyakinan para pelabur asing untuk melabur dan mengembangkan pelaburan mereka.

Beta percaya keyakinan ini diletakkan kepada Kerajaan Negeri yang mempertahankan prinsip ketelusan, bertanggungjawab dan tadbir urus yang cekap serta efisien.

Selangor telah mencipta nama dalam beberapa bidang industri. Hari ini, Selangor merupakan nadi kepada industri aero angkasa dan berpotensi untuk dibangunkan sebagai pusat pembuatan komponen aero angkasa di Asia Tenggara.

Berdasarkan keupayaan Negeri Selangor menyediakan tenaga kerja mahir, human capital dan persekitaran kondusif yang mampu merangsang pertumbuhan, Selangor berada pada kedudukan yang strategik dalam ‘supply chain’ industri aero angkasa.

Menurut Laporan Asia Aerospace City Business Consulting Centre, lebih enam puluh peratus (60%) daripada pemain utama industri ini telah bertapak di Negeri Selangor.

Tambah kukuh lagi, Selangor mempunyai 3 buah Taman Teknologi Aero Angkasa yang baharu di lokasi yang cukup strategik. Ketiga-tiga taman teknologi aero angkasa ini dijangka akan menjana pelaburan bernilai Ringgit Malaysia Dua perpuluhan Lapan Tiga Bilion (RM2.83 bilion). Beta berkenan sekiranya negeri Beta ini dapat dibangunkan sebagai hub aero angkasa di rantau ini.

Beta menyambut baik hasrat Kerajaan Negeri untuk menjadikan Selangor sebagai centre of excellence dan hub pendidikan serantau.

Namun, di samping berusaha mencapai kecemerlangan pendidikan, Negeri Selangor jangan terjerumus kepada gejala yang disebutkan oleh seorang Profesor Harvard, Harry Lewis, sebagai “excellence without a soul”.

Kampus UNISELFalsafah pendidikan bersepadu yang berteraskan gabungan antara kepakaran, ketrampilan dengan pegangan kepada prinsip dan nilai-nilai murni penting untuk melahirkan generasi baru yang bertanggungjawab dan mampu membina tamadun.

Sebagai sebuah negeri industri, Selangor perlu menyediakan tenaga mahir yang secukupnya. Justeru itu, pendidikan vokasional dan latihan (VET) perlu dikembangkan.

Selangor perlu menjadikan pendidikan sebagai sumber yang menggerakkan masyarakat yang berdaya saing. Perbelanjaan dalam pendidikan, termasuk membina prasarana yang sempurna, perlu dilihat sebagai pelaburan sumber daya manusia dan tanggungjawab moral.

Kerajaan Negeri bukan sahaja bertanggungjawab menyediakan akses kepada pendidikan yang berkualiti, bahkan menyediakan ruang untuk masyarakat mendapatkan peluang pendidikan.

Justeru, Beta berkenan dengan keputusan Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sejumlah peruntukan yang besar bagi meningkatkan prasarana universiti dan meletakkannya di atas landasan menuju kecemerlangan.

Peruntukan tambahan berjumlah Ringgit Malaysia Empat Puluh Empat Juta (RM44 juta) kepada UNISEL akan memberdayakan universiti tersebut demi memperkukuhkan kedudukan Negeri Beta sebagai negeri perdana pendidikan tinggi.

Negeri Selangor perlu bersedia untuk menghadapi cabaran masa hadapan dengan menyediakan tenaga kerja berpengetahuan dan mahir yang dapat meningkatkan produktiviti dan mempunyai daya saing yang tinggi.

Beta mahu graduan universiti bukan sahaja menguasai kelayakan akademik tetapi juga diupayakan dengan kemahiran soft skills dan kapasiti intelek untuk berdepan dengan cabaran dalam pasaran.

Berdasarkan tuntutan ini, program Academic Boot Camp yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri Beta akan mampu menggilap potensi dan kebolehan para graduan untuk meningkatkan tahap kebolehpasaran mereka.

Program ini adalah signifikan sebagai jambatan yang menghubungkan sektor pendidikan tinggi dengan pasaran pekerjaan sekaligus memenuhi keperluan dan tuntutan gagasan Smart Selangor.

Sebagai negeri yang paling maju, Kerajaan Negeri perlu bersedia menghadapi cabaran dunia yang semakin rumit dan mempunyai banyak karenah.

Tempo globalisasi akan lebih pantas dan teknologi akan merubah hubungan sesama kita dan dengan masyarakat lain.

Perkembangan terbaharu seperti Internet of Things, Big Data, Advanced Analytics dan media sosial akan merobah asas perjalanan dunia.

Beta mahu Negeri Selangor bukan sahaja bersedia menghadapi suasana baru itu, bahkan sentiasa berada di hadapan dengan merangkul segala kesempatan yang terbuka melalui teknologi baru.

Selangor jangan sekadar mengguna pakai perspektif lokal, tetapi mengambil kira perspektif serantau dan global dalam persaingan dengan persekitaran baru yang mencorakkan masa hadapan.

Selaras dengan gagasan Negeri Selangor menuju Smart State, maka Selangor perlu menggunakan penyelesaian teknologi inovatif, smart solutions kepada tuntutan kehidupan moden.

Beta mahu negeri ini menjadi salah sebuah Smart State yang terkemuka di dunia.

Teknologi perlu diaplikasikan sebagai penyampaian perkhidmatan dengan kaedah baru kepada masyarakat, meningkatkan produktiviti dan memperkukuh penyertaan rakyat.

Selangor perlu lebih responsif dan efisien dalam menawarkan perkhidmatan. Program Smart Selangor bukan sahaja berkenaan teknologi dan infrastruktur, tetapi juga tentang menangani isu-isu paling kritikal dan keperluan harian rakyat seperti pembenterasan jenayah, pengurusan sampah dan sisa pepejal, pengangkutan, laluan trafik, perkhidmatan kerajaan, pendidikan dan penjagaan kesihatan.

Beta percaya rakyat Selangor amat teruja untuk menyertai perjalanan menuju Smart Selangor. Maka ia perlu dimulakan dari sekarang.

Beta mahu gagasan ini diterjemahkan segera kerana ia akan melonjakkan mutu kehidupan rakyat, meningkatkan peluang pekerjaan dan kemudahan dalam perniagaan serta meningkatkan daya tarikan Selangor sebagai destinasi bakat dan pelaburan melalui Smart Branding.

Perubahan suhu dan iklim dunia adalah fenomena baru yang menuntut Kerajaan Negeri untuk mengambil langkah proaktif supaya bencana seperti cuaca panas yang ekstrim dan kering, banjir kilat serta penyakit berjangkit dapat diurus dan ditangani supaya tidak memberi kesan kepada rakyat dan ekonomi.

Justeru, Beta berkenan menitahkan supaya Lembaga Urus Air Selangor (LUAS) mengurus sumber air Negeri Selangor secara holistik ke arah kesejahteraan sejagat.

Perasmian Program Jom Jimat Air Selayang - MB Azmin (ASRI) (1)Ini penting bagi memastikan sumber air mentah yang mencukupi di semua empangan untuk memastikan bekalan air bersih bagi kegunaan rumah dan industri tidak tergendala.

Beta juga mahu sumber air, sungai, perairan pantai dan alam persekitarannya berada di dalam keadaan yang terpelihara dan mampan bagi menyokong pembangunan sosio ekonomi negeri yang sentiasa berdaya maju.
Beta mahu konsep manusia sebagai khalifah Allah di muka bumi diterjemahkan dalam dasar pemeliharaan alam dengan penjagaan eko sistem, biodiversity, flora dan fauna anugerah Tuhan kepada manusia.

Beta mengambil maklum tentang nilai kekayaan biodiversity, kebudayaan, sains, rekreasi dan estetik yang tinggi di Batu Caves. Bukit batu kapur tersebut merupakan warisan geologi dan kaya dengan pelbagai hidupan tumbuhan dan haiwan yang perlu dikekalkan dengan inisiatif pemuliharaan.

Beta juga berkenan dengan usaha Kerajaan Negeri yang memperuntukkan sejumlah Ringgit Malaysia Dua Puluh Empat Juta (RM24 juta) kepada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) untuk kerja-kerja penyelenggaraan kolam takungan bagi mengelakkan banjir kilat.

Selain daripada peruntukan ini, JPS juga bertanggungjawab untuk menaiktaraf kolam takungan dengan anggaran kos sebanyak Ringgit Malaysia Tiga Puluh Satu juta (RM31 juta).

Beta juga berkenan di atas kesungguhan Kerajaan Negeri untuk menangani masalah banjir dengan memperuntukkan sejumlah Ringgit Malaysia Enam Puluh Juta (RM60 juta) untuk program pencegahan banjir bagi tahun 2016.

Bagi menjamin alam semulajadi di Negeri Selangor dipelihara, Beta berharap Kerajaan Negeri segera mendukung usaha Jabatan Perhutanan untuk mengurus dan membangunkan sumber hutan secara berkekalan serta mengawal dengan baik sumbangannya kepada pembangunan sosio ekonomi negeri.

Beta yakin jika Negeri Selangor terus memelihara jumlah keluasan hutan simpan yang kini meliputi tiga puluh satu perpuluhan lima enam peratus (31.56%) daripada keluasan tanah Negeri Selangor, kelestarian alam semulajadi dapat dipelihara dengan baik dan sempurna.

hutan selangorBeta juga berkenan supaya Kerajaan Negeri menyediakan Pelan Induk serta memajukan Taman Negeri Selangor dan Hutan Lipur Templer Park di samping mempromosikannya sebagai tempat riadah keluarga, perkelahan dan destinasi pelancongan. Kerajaan Negeri juga perlu mendukung usaha kejiranan hijau melalui program hutan tani dan aktiviti perhutanan bandar.

Beta gembira usaha Kerajaan Negeri memperkukuh Polisi Pengurusan dan Pemuliharaan Pokok Negeri Selangor termasuk melalui kegiatan menanam pokok bagi tujuan aktiviti riadah rakyat, mengelakkan hakisan tanah, pembiakan hidupan marin dan sebagai tembok penahan semula jadi.

Insya Allah, Beta berkenan untuk bersama-sama sekalian rakyat menghijaukan Negeri Beta dengan penanaman pelbagai jenis pokok bagi menjamin persekitaran hijau yang sihat dan pembangunan yang mampan.

Beta mengambil maklum bahawa Kerajaan Negeri telah mengambil inisiatif untuk mewartakan tapak seluas tiga puluh dua perpuluhan empat lima (32.45) ekar sebagai Taman Rakyat di Shah Alam.

Taman Hijau yang bakal menawarkan kemudahan serta prasarana interaktif ini akan melengkapi kehidupan bandar yang berkualiti serta dapat memenuhi tahap ciri-ciri ‘livable city’ yang tinggi.

Negeri Selangor mempunyai kepelbagaian bangsa, budaya dan bahasa. Rakyat bebas mengamalkan kebudayaan mereka selagi tidak merosakkan perpaduan yang ada. Beta berkenan kepelbagaian ini menjadi satu unsur bagi Negeri Selangor mencapai kemajuan dan kejayaan yang lebih cemerlang lagi.

Di Selangor juga, orang Melayu mempunyai nilai kebudayaan dan kesenian yang tinggi dan perlu digiatkan serta diperkembangkan semula demi memperkukuhkan identiti bangsa Melayu dan seterusnya dapat diwarisi dan dihayati oleh generasi akan datang.

Oleh itu, langkah Kerajaan Beta memperkayakan kebudayaan adalah selaras dengan realiti Selangor sebagai negeri kosmopolitan.

Seperti yang termaktub dalam Perkara 38 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Selangor, Beta sahajalah sebagai Sultan Negeri Selangor yang berhak menganugerahkan dan mewujudkan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat di dalam Negeri Selangor.

Namun sejak kebelakangan ini, Beta dapati kegiatan memberi, menjual dan memakai Darjah Kebesaran oleh pihak individu yang tidak diiktiraf, baik daripada Istana atau Kerajaan Negeri Selangor telah berleluasa.

Perbuatan memberi, menjual dan menggunakan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf ini adalah satu penipuan yang salah dari segi undang-undang.

Untuk mencegah perkara memberi, menjual dan menggunakan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf, Beta berkenan Kerajaan Negeri membuat pindaan yang sewajarnya kepada Enakmen Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) 1962 bagi menangani perbuatan dan pemakaian Darjah Kebesaran tanpa pengiktirafan Beta.

Beta telah dimaklumkan oleh pihak Kerajaan Negeri bahawa pindaan yang dicadangkan melalui Rang Undang-Undang Lambang-Lambang dan Nama-Nama (Mencegah Daripada Salah Guna) (Pindaan) 2016 ini meliputi pindaan yang berkaitan dengan pencegahan penganugerahan Darjah Kebesaran yang tidak diiktiraf di samping penetapan kadar hukuman yang lebih berat bagi kesalahan yang dilakukan di bawah Enakmen tersebut.

Beta berharap dengan pengenalan Rang Undang-Undang ini yang akan dibentangkan di Dewan Negeri Selangor pada sidang kali ini akan dapat membendung kegiatan yang tidak bermoral dan beretika ini sekali gus melindungi kedaulatan Beta sebagai Sultan Selangor.

Umat Islam di dunia hari ini berhadapan dengan pelbagai cabaran seperti fahaman radikal dan gerakan militan dan ajaran sesat akibat dari salah faham terhadap ajaran suci Islam.

Untuk menghadapi cabaran ini, umat Islam di Selangor mesti berpegang kepada ajaran dan amalan Ahlus Sunnah Wal Jamaah dan menghayatinya dengan prinsip keadilan, ihsan, kesederhanaan dan toleransi.

Masjid Shah AlamAgama Islam sebagai rahmatan lil alamin yang diamalkan oleh Alam Melayu telah berjaya menjadikan Asia Tenggara rantau Islam yang terbesar di dunia, rantau Islam yang paling toleran, paling jelas dan paling maju dari segi kenegaraan, ekonomi, pendidikan dan sosial.

Mazhab Ahlus Sunnah Wal Jamaah juga mempunyai tradisi keilmuan dan kerohanian yang kaya, seperti yang diasaskan oleh tokoh-tokoh seperti Imam Abu Hasan al-Asya’ari, Imam al-Shafi’i, Hujjatul Islam al-Ghazali dan Fakhruddin al-Razi.

Beta mahu keharmonian dipelihara di kalangan umat Islam dan juga dalam hubungan antara kaum dan agama.

Islam adalah agama yang berlandaskan ilmu, dan Islam mewajibkan umatnya menuntut ilmu dengan memberikan keseimbangan antara ilmu agama bagi memenuhi tuntutan fardhu ain dengan tuntutan ilmu duniawi bagi memenuhi fardhu kifayah sebagaimana telah disebutkan oleh Imam al-Ghazali.

Beta berkenan menjadikan Negeri Beta penanda aras kepada kemunculan rantau ini sebagai pemimpin peradaban dunia Islam.

Kesinambungan kemajuan sesebuah negara amat bergantung kepada urus tadbir yang mantap dan penerapan prinsip keterbukaan, integriti dan bertanggungjawab.

Melalui kejayaan ini, hasil mahsul yang kaya tidak akan disalah guna atau hilang melalui budaya rasuah, sebaliknya akan dikembalikan kepada rakyat melalui program pembangunan.

Khazanah negara yang dianugerahkan oleh Allah Subhanahu Wata’ala pasti akan pupus sekiranya para pemimpin bergelumang dengan amalan rasuah, salah guna kuasa dan tamak haloba yang hanya memerah keringat rakyat.

Hawa nafsu manusia tidak ada batasnya. Seperti mana yang dikatakan oleh Mahatma Gandhi, “The world has enough for everyone’s need, but not enough for everyone’s greed”.

Beta ingin mengajak seluruh rakyat Beta mengambil pelajaran dari sejarah. Ahli sejarah besar Edward Gibbon dalam karya agungnya ‘The Decline and Fall of the Roman Empire’ menceritakan bagaimana Empayar Rom yang begitu besar, kuat dan gemilang, runtuh dan hancur akibat budaya rasuah dan fitnah-memfitnah yang berleluasa dan menjadi barah di kalangan pimpinan tertinggi akibat daripada gaya kehidupan bermewah-mewah.

Beta mahu seluruh rakyat bersatu padu dan kekuatan perpaduan rakyat Beta digerakkan berlandaskan nilai dan prinsip yang murni demi kedaulatan negeri dan kesejahteraan rakyat.

Beta bersyukur kerana dalam tempoh yang singkat, hanya lapan belas (18) bulan, Negeri Selangor di bawah pimpinan Memanda Beta, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dengan dukungan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri telah berjaya menggerakkan negeri dan rakyat untuk bekerja sebagai satu pasukan yang memiliki kesatuan fikrah dan kesatuan amal demi mempertahankan kedaulatan negeri dan menjaga kesejahteraan rakyat.

Azmin RakyatKesepaduan inilah yang menjadi pemangkin kepada kemakmuran negeri dan telah mengangkat maruah dan martabat rakyat Beta.

Beta melihat hubungan kerja pihak eksekutif dengan penjawat awam begitu erat. Kesefahaman eksekutif dan penjawat awam ini telah diterjemahkan dalam perlantikan Setiausaha Kerajaan Negeri baharu yang berlangsung secara teratur dan tenteram.

Beta mahu anggota perkhidmatan awam senantiasa berpegang teguh kepada Piagam Perkhidmatan Awam dan pihak eksekutif bekerjasama secara objektif dan profesional.

Beta berkenan supaya semangat kerjasama di antara pihak eksekutif, pegawai kerajaan dan rakyat diperkukuhkan lagi untuk memajukan Negeri Selangor yang Beta kasihi ini.

Beta mendoakan semangat ini menjadi semakin kental agar negeri dan rakyat Beta terus maju, aman dan makmur sebagai sebuah negeri gemilang yang mendapat keampunan dari Allah Subhanahu Wata’ala.

Maka, dengan lafaz Bismillahir Rahmanir Rahim, Beta dengan sukacitanya merasmikan Pembukaan Persidangan Penggal Keempat Dewan Negeri Selangor Yang Ketiga Belas Tahun 2016.

Selamat Bersidang.

Sekian,
Wabillahi Taufik Walhidayah,
Wassalamu’alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.