Blog

Kerajaan Negeri – Bank Rakyat bincang atasi masalah pembeli Rumah Selangorku

OLEH HAFIZAN TAIB

SAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri telah mengadakan perbincangan bersama Bank Kerjasama (M) Rakyat Berhad (Bank Rakyat) dalam mengatasi masalah dihadapi pemohon memiliki Rumah Selangorku.

Exco Perumahan, Pengurusan Bangunan dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, perbincangan terbabit bagi membantu dan memudahkan pemohon mendapatkan pinjaman dengan penyediaan pinjaman 100 peratus kepada pihak berkelayakan.

“Ini mengambil kira keperluan bayaran deposit 10 peratus diperlukan pemohon dan kelayakan jumlah pinjaman dibenarkan.

“Perbincangan juga dibuat dengan Bank Negara di mana pihak berkenaan bersedia memberi program khidmat nasihat di bawah Agensi Kaunseling dan Pengurusan Kredit (AKPK) melalui Program Pengurusan Kredit bagi tujuan penstrukturan semula pembiayaan pinjaman pemohon.

Iskandar-DanaSel-featured“Ia bagi memudahkan pinjaman perumahan diberikan pertimbangan semula daripada pihak bank setelah penstrukturan semula dibuat termasuk isu berkaitan pinjaman pelajaran PTPTN dan kad kredit,” katanya dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Datuk Halimaton Saadiah Bohan (Kota Damansara – BN) yang bertanyakan jumlah permohonan Rumah Selangorku gagal membuat pinjaman adalah seramai 8,770 pemohon daripada 17,546 yang layak ditawarkan perumahan itu dari 2012 hingga kini.

Selajn itu, katanya, Kerajaan Negeri juga menawarkan beberapa skim iaitu Skim Pembiayaan ‘Selangor Smart Home Buyers’ yang menawarkan Rumah Selangorku kepada pembeli rumah pertama dengan penyediaan bayaran pendahuluan 10 peratus daripada harga rumah.

“Skim Dana Sel juga diwujudkan untuk membantu pembeli menghadapi kesukaran mendapatkan pinjaman melalui institusi kewangan untuk memiliki rumah pangsa kos rendah.

“Melaluinya peserta boleh membeli unit rumah dalam tempoh tidak melebihi 25 tahun pada harga asal bermula dari tarikh ia mula disewakan,” katanya.

rumah selangorku 2Katanya, Skim Smart Sewa pula membantu golongan berpendapatan sederhana menyewa sebelum mereka mampu membeli rumah di Selangor yang mana tempoh sewa adalah dua tahun dan maksimum lima tahun.

Beliau berkata, melalui program itu penyewa akan mendapat balik 30 peratus jumlah sewaan dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan dan ia boleh dijadikan wang pendahuluan untuk membeli Rumah Selangorku.

“Bagi 2017, Kerajaan Negeri menyediakan RM100 juta untuk memperluaskan lagi Skim Smart Sewa dan dijangka dapat membeli 800 ke 1,000 unit,” katanya.

-nR-