Blog

Tuisyen atas talian percuma untuk pelajar SPM

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 6 APR: Kerajaan Negeri menerusi Yayasan Selangor menawarkan Program Tuisyen Atas Talian (Tuition Online) percuma kepada rakyat khususnya pelajar Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Pengurus Kanan Yayasan Selangor, Zahura Zakry berkata, ia adalah salah satu Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) yang menyasarkan 18,000 pelajar Tingkatan 5 yang layak.

Katanya, program itu menawarkan lima mata pelajaran iaitu tiga mata pelajaran teras dan kombinasi dua yang lain iaitu Matematik Tambahan dan Fizik (bagi aliran Sains) atau Sains dan Matematik (bagi aliran Sastera).

“Menerusi program ini, lebih ramai pelajar berpeluang menguasai ilmu berkenaan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) serta aplikasi digital ke arah penyediaan generasi muda menerokai kerjaya lebih mencabar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika Majlis Pelancaran Tuisyen Atas Talian (Tuition Online) di Perpustakaan Raja Tun Uda di sini, semalam.

IMG_2840Zahura berkata, pihaknya turut berterima kasih kepada Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) yang bekerjasama membantu menjayakan program berkenaan.

Program terbabit disediakan secara percuma memudahkan pelajar mengulang kaji pelajaran mengikut topik dikehendaki menerusi video rakaman pembelajaran menarik daripada tenaga pengajar yang penyampaiannya mudah difahami dengan ilustrasi dan demonstrasi berkesan.

Pendaftaran boleh dibuat di www.smartselangorfreetuition.com tertakluk kepada syarat pendapatan perkapita keluarga bawah RM1,500 iaitu jumlah pendapatan ibu bapa per bilangan isi rumah.

Ganjaran RM25,000 akan diberikan kepada lima pelajar terbaik SPM 2017 yang berdaftar dan menggunakan aplikasi Tuisyen Atas Talian itu.

-AA-