Blog

Program Mammogram DUN Batu Tiga diteruskan Ramadan ini

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 31 MEI : Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga meneruskan inisiatif membantu golongan wanita di kawasan DUN berkenaan dengan menawarkan tawaran pemeriksaan Mammogram percuma.

Ahli Dewan Negerinya (ADN), Rodziah Ismail berkata, perkhidmatan itu diteruskan sepanjang Ramadan ini.

“Bagi memenuhi permintaan bertambah ramai daripada peserta pemeriksaan mammogram di DUN Batu Tiga Ramadan ini, DUN Batu Tiga akan melaksanakan perkhidmatan percuma Mamogram pada setiap Sabtu dan bukan lagi pada Selasa dan malam Jumaat.

“Perubahan ini bagi mennghormati Ramadan sepanjang bulan ini,” katanya di Facebook.

Sesi pemeriksaan akan dijalankan di KPJ Seksyen 20 bermula jam 12.00 tengah hari hingga 3.00 petang.

Tawaran terbuka kepada semua wanita berusia 35 tahun ke atas dan mestilah menetap di negeri ini.

Untuk pendaftaran, sila hubungi talian 019-2686879 atau menghantar butiran kepada Pusat Khidmat Rakyat DUN Batu Tiga.

Terdahulu, Program Mammogram merupakan inisiatif di bawah MammoSel yang dilancarkan pada 6 November 2010 bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di Selangor.

Program itu ditambahbaik bermula pada 2016 dengan penambahan rawatan susulan ‘ultrasound’ bagi yang memerlukan atas nasihat doktor.

Ia didukung sepenuhnya di bawah Jawatankuasa Tetap Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga.

=EZY=