Blog

MammoSEL: 30,456 wanita terima manfaat

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM – Sekurang-kurangnya 30,465 wanita 35 tahun keatas sudah menerima manfaat daripada Skim Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSEL) setakat ini.

Statistik terkini program di bawah Inisiatif Peduli Rayat (IPR) itu menunjukkan lebih RM3.4 juta sudah dibelanjakan bagi menjayakan program itu.

Skim Kesihatan Wanita Selangor itu ditubuhkan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri membuktikan bahawa wanita adalah aset penting dalam pembangunan sesebuah negeri dan negara.

Antara kempen di bawah Skim Kesihatan Wanita ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ dengan menyediakan Mammogram percuma bagi wanita Selangor berumur 35 tahun keatas.

daroyah-kesihatanProgram MammoSEL secara percuma itu dilancarkan pada 6 November 2010, di Hulu Langat sempena Sambutan Hari Wanita Desa 2010 peringkat negeri bertujuan memberi perkhidmatan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada seluruh wanita di negeri itu.

Program itu telah ditambahbaik bermula 2016 dengan penambahan rawatan susulan ultrasound bagi yang memerlukan atas nasihat doktor.

Untuk mendaftar, orang ramai boleh mendapatkan maklumat lanjut di Pusat Khidmat DUN berhampiran.