Blog

Jom mohon Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 18 OGOS: Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali mempelawa anak Selangor yang berminat untuk memohon Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri.

Mohamed Azmin berkata, program terbabit dilaksanakan sebagai inisiatif Kerajaan Negeri bagi memudahkan anak Selangor melanjutkan pengajian menerusi skim biasiswa dan pinjaman.

“Kerajaan Negeri guna kekayaan negeri untuk memudahkan anak Selangor melanjutkan pengajian dengan skim biasiswa dan pinjaman serta hadiah istimewa.

MAHASISWA“Inisiatif ini menggunakan hasil negeri dan mengupayakan ilmu anak muda Selangor. Ia bertujuan mengangkat anak muda melalui program biasiswa dan pinjaman,” katanya.

Permohonan Program Khas Peduli Siswa dan Pinjaman Pelajaran Negeri Selangor tanpa faedah dibuka pada 1 Ogos sehingga 31 Ogos ini.

Anak muda Selangor yang berminat boleh dapatkan maklumat di http://tkwbns.selangor.gov.my/portal/

Dalam Belanjawan 2017, sebanyak RM10 juta diperuntukkan bagi membiayai pengajian anak Selangor di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Putra Malaysia dan Universiti Teknologi Mara menerusi program Peduli Siswa.

Program itu menawarkan pinjaman pelajaran dalam bentuk boleh ubah berdasarkan prestasi kecemerlangan akademik.

Ia dilaksanakan ekoran Belanjawan Persekutuan 2017 yang memotong peruntukan sektor pendidikan tinggi dari RM13.38 bilion pada 2016 kepada RM12.13 bilion.