Blog

#Selangor18: Dialisis Sihat Selangor terima RM5 juta

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 11 NOV : Program Panel Dialisis Sihat Selangor akan diperluaskan menerusi peruntukan RM5 juta dalam usaha membantu pesakit buah pinggang, di negeri itu.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, jumlah berkenaan meningkatan RM2 juta, berbanding peruntukan tahun lalu sebanyak RM3 juta.

“Pada masa sama, Kerajaan Negeri akan meneruskan pelaksanaan dasar program mammogram secara percuma, di seluruh negeri.

“Prgoram MammoSel secara percuma akan dikekalkan menerusi kenaikan peruntukan dari RM1 juta kepada RM2 juta bagi tahun 2018,” katanya.

Terdahulu, skim berkenaan menawarkan pemeriksaan mammogram secara percuma kepada wanita Selangor berumur 35 tahun ke atas bagi memastikan kesihatan golongan itu terjaga dan dalam keadaan optimum.

Sejak diperkenalkan pada 2008, lebih 22,5050 wanita sudah menerima insentif berkenaan membabitkan penyertaan DUN seluruh Selangor.