Blog

Belanjawan ’19: RM24 juta untuk bantuan sekolah

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri memperuntukan RM24 juta bagi Program Agihan Bantuan Sekolah, di Selangor.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, bantuan itu membabitkan Sekolah Agama Rakyat dengan peruntukan RM10 juta, Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (RM6 juta), Sekolah Menengah Persendirian Cina (RM2 juta), Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (RM5 juta) dan Sekolah Mubaligh serta Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (RM1 juta).

“Bantuan infra ini diagihkan berdasarkan permohonan pihak sekolah dengan mengambil kira jumlah pelajar dan keadaan terkini infrastruktur sekolah berdasarkan borang permohonan yang perlu dilengkapkan oleh setiap sekolah,” katanya.

Amirudin berkata, sejak 2017 Kerajaan Negeri melaksanakan dasar baru Program Agihan Bantuan Sekolah itu dengan jumlah keseluruhan bantuan ditingkatkan daripada RM16 juta kepada RM22 juta.