Blog

Belanjawan’19: RM50 juta untuk Skim Smart-Sewa

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri mencadangkan supaya Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) memperuntukkan RM50 juta untuk pembelian rumah bagi Skim Smart-Sewa, pada 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, program itu perlu diteruskan kerana ia mendapat sambutan menggalakkan daripada generasi muda dan menjadi tanggungjawab Kerajaan Negeri membantu mereka merangka merancang masa hadapan supaya bebas menentukan hala tuju hidup masing-masing.

“Sehingga hari ini, sebanyak 842 unit rumah mampu milik dengan kos RM122.8 juta diproses untuk pemilikan LPHS dan syarikat Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd dilantik sebagai ejen pengurusan bagi melancarkan pelaksanaan skim ini.

“Sebanyak 341 unit rumah sedia untuk disewakan dengan kadar sewaan daripada RM450 sebulan sehingga RM650 sebulan,” katanya.

Katanya, LPHS akan memberikan keutamaan kepada penyewa untuk ditawarkan dan memohon sebarang projek Rumah Selangorku supaya mereka dapat memiliki kediaman sendiri sekurang-kurangnya dalam tempoh lima tahun.

Skim Smart-Sewa yang diwujudkan Kerajaan Negeri bertujuan membantu golongan muda berpendapatan sederhana sehingga RM5,000 untuk menyewa selama minimum dua tahun dan maksimum lima tahun.

Daripada jumlah keseluruhan sewaan bersih itu, sejumlah 30 peratus daripadanya akan dikembalikan semula untuk digunakan sebagai deposit atau pembayaran perjanjian, duti setem dan sebagainya dalam membeli kediaman baru.