Blog

Program tumpu aktiviti pemasaran bantu usahawan IKS

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri melalui Invest Selangor melaksanakan beberapa program dengan tumpuan kepada aktiviti pemasaran bagi membantu pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (IKS), di Selangor.

EXCO Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, IKS, Dato’ Teng Chang Khim berkata, antara aktiviti itu adalah program latihan bagi pemasaran produk secara dalam talian dan penyertaan usahawan IKS melalui pameran di luar negara.

“Program latihan bagi tujuan itu melalui inisiatif Majlis Teknologi Maklumat & E-Dagang Selangor (SITEC) dan penyertaan di luar negara dijalankan Invest Selangor bagi membolehkan usahawan tempatan menembusi pasaran luar.

“Selain itu, Kerajaan Negeri juga setiap tahun memperuntukkan belanjawan membantu usahawan bagi meningkatkan hasil pendapatan dan menjana ekonomi negeri,” katanya menjawab pentanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Hulu Kelang, Saari Sungib pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, hari ini.

Beliau berkata, bantuan disediakan untuk perniagaan mikro yang ditakrifkan sebagai perniagaan mempunyai jualan kurang RM300,000 setahun dan mempunyai pekerja tetap sebanyak dua hingga lima orang ialah Dana Usahawan Mikro Selangor.

Katanya, Kerajaan Negeri melalui Jawatankuasa Tetap Pembangunan Usahawan memberi bantuan kepada usahawan mikro melalui sembilan Pejabat Daerah atau Tanah, di Selangor untuk melaksanakan program khas bagi meningkatkan hasil jualan, sekali gus melahirkan usahawan berdaya tahan.

“Setiap tahun, Kerajaan Negeri memperuntukkan RM250,000 bagi setiap daerah untuk disalurkan kepada pemohon yang layak dengan setiap pemohon menerima bantuan sehingga RM30,000.

“Sekurang-kurangnya 100 usahawan mendapat manfaat daripada bantuan ini setiap tahun,” katanya.

Chang Khim berkata, Kerajaan Negeri melalui HIJRAH Selangor turut menyediakan pinjaman kewangan berperingkat bermula, pada 2015 yang sebelumnya dikenali sebagai mikrokredit bersepadu menggabungkan skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA.

“Ia adalah satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja serta peniaga kecil yang menghadapi kekurangan modal juga peluang mendapatkan modal tambahan.

“Pinjaman berperingkat ini dkategorikan mengikut skim satu hingga empat dan jumlah kelulusan diberi sehingga RM50,000 mengikut syarat tertentu.

“Sehingga kini, sebanyak 32,146 peminjam menerima manfaat daripada program ini,” katanya.