Blog

Pengecualian fi lesen dan cukai pintu kekal tahun depan

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 4 DIS: Pengecualian pembayaran cukai pintu untuk rumah kampung dan kediaman kos rendah serta fi lesen perniagaan penjaja kecil akan dikekalkan, pada 2019.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri komited melaksanakannya dengan membelanjakan RM69 juta, sehingga kini.

“Oleh itu, saya menyambut cadangan Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berhubung cadangan terbabit,” katanya ketika sesi penggulungan perbahasan usul peruntukan pembangunan Belanjawan Selangor 2019 di Sidang Dewan Negeri Selangor, hari ini.

Sebelum itu, Hilman ketika sesi perbahasan menyuarakan status pengecualian cukai dan fi lesen perniagaan buat golongan B40.

Katanya, hal itu ekoran program Inisiatif Peduli Rakyat terbabit tidak disebut ketika ucapan Belanjawan Selangor 2019.

“Program pengecualian cukai dan fi lesen ini sememangnya mendapat perhatian rakyat dan ia secara langsung memberi kesan kepada golongan B40, di Selangor untuk meningkatkan taraf kualiti kehidupan mereka,” katanya.