Blog

MBSA rancang bina trek basikal fasa tiga tahun ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL & SHAFIQQUL ALIFF

SHAH ALAM, 28 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merancang untuk membina 15 kilometer (KM) lagi trek basikal meliputi kawasan Seksyen 7 dan Seksyen 13, di sini.

Timbalan Dato’ Bandarnya, Mohd Rashidi Ruslan berkata, projek itu adalah kesinambungan daripada pelaksanaan trek basikal fasa dua di Seksyen 14, Shah Alam.

“Hasrat ini bagi menyokong dasar dan sasaran Kerajaan Negeri untuk membina 1,000 KM trek basikal di Selangor dalam tempoh lima tahun.

“Penyediaan trek basikal ini adalah salah satu daripada kemudahan ‘First and Last Mile’ yang bakal menghubungkan kawasan komersial dan pejabat di dalam kawasan pusat bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Pelancaran Projek Trek Basikal, Smart Bus Stop dan Aplikasi Selangor Intelligent Transport System (SITS), di Perkarangan Plaza Perangsang, Seksyen 14, di sini, semalam

Pelancarannya disempurnakan Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari dan turut dihadiri EXCO Pelaburan, Perindustrian & Perdagangan, Industri Kecil dan Sederhana (IKS), Dato’ Teng Chang Khim serta Pengurus Besar SSDU, Dr Fahmi Ngah.

Terdahulu, Amirudin turut berkesempatan berbasikal di trek fasa dua Seksyen 14, sambil ditemani Chang Khim dan Mohd Rashidi.

Trek basikal fasa dua yang siap dibina pada Disember tahun lalu menelan kos RM1.6 juta dengan laluan sepanjang 15 KM selain dihubungkan dengan laluan basikal sedia ada (fasa satu) supaya ia mempunyai jaringan antara satu sama lain.

Trek basikal itu juga dilengkapi dengan 15 unit kemudahan tempat letak basikal di kawasan pusat bandar Shah Alam.