Blog

Selangor tingkatkan kemahiran pekerja tempatan

OLEH NAZLI IBRAHIM

SUBANG JAYA, 30 JUN: Modal insan di Selangor akan ditingkatkan kualiti dalam aspek kemahiran dan pengetahuan bagi memenuhi pasaran kerja di negeri ini.

EXCO Pembangunan Generasi Muda & Sukan dan Pembangunan Modal Insan, Mohd Khairuddin Othman berkata, golongan pekerja mahir warga tempatan ini mampu menggantikan pekerja asing yang terdapat di negeri ini.

“Apabila kemahiran warga tempatan meningkat, sudah sampai masa mereka akan mengganti tenaga kerja asing yang ramai di negara kita.

“Dengan cara ini kita dapat kurangkan kebergantungan kepada warga asing sekali gus memberi manfaat kepada penduduk tempatan seperti pendapatan lebih baik dan peluang kerja lebih banyak,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Hari Belia Negara dan Expo Perniagaan Belia (yBEX) @Selangor 2019 di Summit USJ di sini, hari ini.

Mohd Khairuddin berkata, selain kemahiran kerja, Kerajaan Negeri juga menumpukan membangunkan usahawan belia melalui pelbagai inisiatif disediakan.

Antaranya, skim HIJRAH yang berjaya melahirkan ramai usahawan muda di Selangor.

Katanya, golongan usahawan muda ini juga akhirnya mampu membuka peluang pekerjaan kepada penduduk tempatan lain