Blog

Turun padang beri pendedahan Skim Pinjaman Asas

OLEH NORHAYATI UMOR

KAJANG, 30 JUN: Hijrah Selangor cawangan Hulu Langat proaktif turun padang ke tiga Dewan Undangan Negeri bagi memberi penerangan dan pengetahuan berkenaan skim pinjaman asas yang disediakan Kerajaan Negeri.

Pegawai Hijrah Cawangan Hulu Langat, Mohamad Kamarull Mohd Noor berkata, hasil kerja keras kakitangan Hijrah, permohonan untuk menjadi peserta bertambah dari masa ke masa.

“Sehingga kini, seramai 1,200 peserta kini berdaftar dengan Hijrah Selangor bagi ketiga-tiga DUN iaitu Dusun Tua, Kajang dan Semenyih.

“Permohonan masih lagi meningkat dari mula diperkenalkan hingga kini, malah cawangan kita juga giat mempromosikan di media sosial,” katanya kepada SelangorKini.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas sesi bersama Hijrah di Karnival Smart Selangor, di Stadium Kajang, di sini.

Mohamad Kamarull berkata, Hijrah Selangor juga sedang meneliti prospek melebarkan pinjaman itu ke negeri berhampiran.

“Terdapat permintaan daripada negeri lain. Bagaimanapun, hasil mesyuarat masih belum memberi kata putus,” katanya.

Hijrah Selangor adalah program Mikrokredit Bersepadu gagasan oleh bekas Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali, bagi menggabungkan skim-skim mikrokredit SKIMSEL, MIMBAR dan WALA yang telah dilaksanakan oleh Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor semenjak tahun 2010.

Pihak Yayasan Dar Al Qard Al Hasan Selangor (YAQS) ditugaskan untuk mewujudkan satu sistem pengeluaran modal yang mudah, cepat dan tidak membebankan kepada penjaja dan peniaga kecil yang didapati seringkali menghadapi masalah kekurangan modal, dan peluang mendapatkan modal tambahan atas pelbagai faktor.