Blog

MB: Solusi Pemantapan Generasi Unggul tingkat prestasi pelajar

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 6 JUL: Inisiatif Solusi Pemantapan Generasi Unggul yang dilancarkan Kerajaan Negeri mampu memberi suntikan kepada pelajar untuk meningkatkan prestasi akademik masing-masing.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, Kerajaan Negeri bekerjasama dengan Jabatan Pendidikan Selangor menyasarkan 10,000 pelajar khususnya dari kelompok B40 dibantu menerusi Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS).

“PTRS dilaksanakan sejak 2008, kita berjaya mengeluarkan pelajar berpotensi gagal kepada pelajar yang berjaya melanjutkan pelajaran dalam dan luar negeri.

“Berdasarkan rekod peperiksaan, terdapat 14,000 pelajar bakal menduduki peperiksaan SPM berisiko gagal, sehubungan itu kita mencari solusi yang sesuai untuk membantu pelajar keluar dari risiko ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Pelancaran Solusi Pemantapan Generasi Unggul di Kediaman Rasminya, di sini.

Hadir sama EXCO Alam Sekitar, Teknologi Hijau, Sains, Teknologi dan Inovasi (STI) dan Hal Ehwal Pengguna, Hee Loy Sian dan Ketua Pegawai Operasi Pemerbadanan Menteri Besar (MBI), Soffan Affandi Aminuddin.

Pada masa sama, Amirudin berkata, sejumlah RM5.96 juta diperuntukan menerusi Bisnes Amal MBI bagi PTRS tahun ini.

Katanya, pihaknya juga menambah satu mata pelajaran dalam modul yang digunakan pakai menjadikan jumlah semuanya lima mata pelajaran iaitu Bahasa Malaysia, Inggeris, Sejarah, Sains dan Matematik.

“Matlamat Kerajaan Negeri mahukan pelajar dapat meningkatkan kualiti dengan kadar lulus dengan baik sekali gus memberi peluang pelajar mencipta masa hadapan lebih cerah,” katanya.

PTRS ialah program khusus yang dijalankan bagi meningkat, memenuhi dan merealisasi agenda bagi memastikan kebajikan, kualiti hidup serta memantapkan ekonomi rakyat dalam menyempurnakan definisi pendidikan kepada 5M (membaca, menulis, mengira, memikir dan mengamal) adalah antara fokus utama Kerajaan Negeri.

Sebelum ini, program berkenaan menerima penyertaan 6,000 pelajar.