Blog

350 cikgu TASKA dilatih di bawah Program ‘Shadow Teacher’

SHAH ALAM, 19 JUL : Seramai 350 cikgu taman asuhan kanak-kanak (TASKA) di Selangor berjaya dilatih di bawah Program Rintis ‘Shadow Teacher’ atau Cikgu AnIS melalui pendedahan latihan pendidikan terhadap kanak-kanak berkeperluan khas.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, sebanyak 188 buah TASKA sudah mengambil anak-anak istimewa di bawah jagaan mereka menerusi program yang mula diperkenalkan sejak tahun lepas.

“Latihan kepada guru ini secara tidak langsung mampu memberikan program intervensi awal kepada anak Orang Kelainan Upaya (OKU) di TASKA masing-masing.

“Jika sebelum ini mereka tidak memiliki keupayaan untuk mengasuh anak-anak OKU disebabkan tiada kemahiran,” katanya ketika ditemui pada Majlis Apresiasi Anak Istimewa Selangor (AnIS) 2019, di Foyer SUK, di sini, hari ini.

Turut hadir, EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud; Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Selangor, Mohamad Hanafi Maulud dan Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), Gan Pei Nei.

Terdahulu, Amirudin menyerahkan bantuan AnIS kepada 57 penerima yang diwakili ibu bapa anak-anak istimewa terbabit termasuk menggunakan kesempatan itu untuk menyantuni golongan berkenaan.

Pada masa sama, beliau berkata, saluran bantuan terhadap kesemua penerima itu membabitkan peruntukan sebanyak RM97,119 atau 19.43 peratus penggunaan peruntukan sedia ada.

“Bantuan ini diharap dapat meringankan beban ibu bapa kepada anak-anak istimewa untuk menanggung kos saringan kesihatan dan pembelian peralatan khas bagi tujuan pemulihan mereka.

“Kita sedar ibu bapa dengan anak-anak berkeperluan khas lebih berat cabaran dan tanggungjawab mereka berbanding ibu bapa dengan anak-anak yang normal, sebab itu kita memberi perhatian sepenuhnya terhadap pembangunan anak istimewa Selangor,” katanya.