Blog

Jaringan Muafakat Wanita Berdaya sasar tingkatkan potensi

DENGKIL, 21 JUL: Program Jaringan Muafakat Wanita Berdaya dilancarkan secara rasmi EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud sebagai usaha memberdaya wanita komuniti tempatan khususnya wanita Felda, wanita India dan wanita Orang Asal.

Siti Mariah dalam ucapannya berkata, program-program dijalankan tertumpu kepada topik pemberdayaan pendidikan diri, keluarga dan masyarakat seperti mengurus kewangan keluarga, pengurusan rumah tangga ‘Rumahku Syurgaku’, gangguan seksual, perlindungan kanak-kanak serta keganasan rumah tangga.

Katanya, lebih 50 buah program sudah dijalankan Institut Wanita Berdaya (IWB) daripada keseluruhan 133 program di beberapa kawasan di Selangor seperti Kapar dan Dengkil.

“Program ini bertujuan mencapai matlamat kelima dan keenam yang digariskan dalam Dasar Wanita Selangor dan Pelan Tindakan 2017-2020 iaitu meningkatkan kesihatan, kesejahteraan dan mobiliti wanita; bebas daripada keganasan dan bebas daripada ketakutan.

“Ia juga bertepatan dengan seruan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) dibawah matlamat pembangunan mampan (SDG) yang ke-10 untuk mengurangkan ketidaksamarataan dan yang kelima kesaksamaan gender,” katanya.

Majlis pelancaran berlangsung di Dewan Kampung Orang Asli Sungai Melut, Dengkil sambil disaksikan Penolong Pengarah Jabatan Kemajuan Orang Asli (JAKOA) Negeri Selangor dan Wilayah Persekutuan, Md Yusof Abu Naib serta Ketua Pegawai Eksekutif IWB Selangor, Siti Kamariah Ahmad Subki.

Selain Kapar dan Dengkil, Jaringan Muafakat Wanita Berdaya ini akan diperluaskan di Hulu Selangor, Kuala Selangor serta Kuala Langat.

Tidak ketinggalan penyertaan beberapa agensi Kerajaan Negeri dan Persekutuan seperti Hijrah Selangor, Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) dan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang turut membuka reruai (booth) bagi mendekati penduduk setempat.