Blog

Permohonan hadiah masuk universiti dibuka hari ini

SHAH ALAM, 25 JUL: Kerajaan Negeri membuka semula permohonan bagi Hadiah Pengajian Institut Pengajian Tinggi (HPIPT) atau lebih dikenali sebagai Hadiah Masuk Universiti, bermula hari ini.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, syarat kelayakan pendapatan minimum isi rumah juga dinaikkan daripada RM3,000 ke bawah kepada RM5,000 ke bawah.

“Selaras dengan tekad memberdaya rakyat menerusi agenda pendidikan yang holistik, HPIPT dibuka semula.

“Mahasiswa boleh memohon HPIPT berjumlah RM1,000 daripada Kerajaan Negeri bermula hari ini,” katanya dalam kenyataan.

Pada masa sama, Amirudin berkata, penambahbaikan program HPIPT itu berasaskan tekad Kerajaan Negeri dalam memastikan lebih ramai pelajar dan keluarga menerima manfaat dari hasil Kerajaan Negeri.

Katanya, Kerajaan Negeri sentiasa prihatin dengan masa depan pelajar yang bakal melanjutkan pelajaran sekaligus, menjadi pemimpin masa hadapan.

“Oleh itu program berasaskan agenda pendidikan seperti Program Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS) dan Hadiah Masuk Universiti, TVET dan Peduli Siswa akan terus ditambah baik demi manfaat rakyat Selangor,” katanya.

Untuk rekod, permohonan boleh dilakukan di laman sesawang rasmi di hpipt.selangor.gov.my sebelum 27 Ogos.

HPIPT atau hadiah masuk universiti dilaksanakan sejak 2008 bagi pelajar daripada keluarga berpendapatan RM3,000 ke bawah sebelum ini untuk melanjutkan pengajian ke institusi pengajian tinggi awam atau swasta.

Bagaimanapun, ia disejajarkan semula sebelum ini dengan membuat penambahbaikan antaranya menaikkan pendapatan isi rumah.