Blog

#MySchoolGoals International Festival 2019 tarik penyertaan negara luar

SHAH ALAM, 29 JULAI: Festival Antarabangsa #MySchoolGoals 2019 berjaya menarik penyertaan lima negara Asia termasuk Timur Tengah.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, festival julung kali diadakan oleh sebuah sekolah harian di Malaysia itu membabitkan penyertaan pelajar Indonesia, Singapura, Thailand, Cambodia dan Arab Saudi.

Katanya, program itu sejajar dengan hasrat Kerajaan Negeri ke arah membangunkan program pelancongan pendidikan (EduTourism) di Selangor.

“Program pelancongan pendidikan yang bermula tahun lalu melalui usahasama Tourism Selangor dan Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor (PPAS) menerima kehadiran 170 pelajar Ikubunkan Institute of Education, Jepun.

“Tahun ini, kita akan menerima lagi pelajar dari institut terbabit di bawah program ‘Foster Friendship’,” katanya pada majlis perasmian program berkenaan, di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) TTDI Jaya, di sini hari ini.

Turut hadir, Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah; Ahli Dewan Negeri Seri Setia, Halimey Abu Bakar; Pengarah PPAS, Mastura Muhamad; Timbalan Pengarah Pendidikan Negeri Selangor, Muhamad Radzi Abdullah dan Pengetua SMK TTDI Jaya, Azahar Nor Arifin Ahmad.

Terdahulu, Amirudin melakukan gimik tukar buku dengan kedutaan Arab Saudi melalui Acara Tukar Buku Terbesar Malaysia yang menjadi sebahagian daripada pengisian festival berkenaan.

Pada masa sama, beliau memuji inisiatif sekolah berkenaan yang sentiasa berusaha keras dalam meningkatkan kemenjadian pelajar selain mengangkat budaya ilmu dan buku ke peringkat antarabangsa.

Katanya, penganjuran itu sekali gus mencatat sejarah baharu untuk pelajar dan sekolah berkenaan.

“Kita sentiasa menyokong program ‘outside of the box’ seumpama ini kerana ia dapat mencungkil dan mengetengahkan bakat anak-anak yang terpendam dalam pelbagai bidang, sama ada kemahiran dan vokasional serta seni juga budaya.

“Ini secara tidak langsung menjadi pemangkin untuk mempersiapkan pelajar menghadapi kehidupan akan datang dalam dunia yang berkehendakkan pelajar mahir menggunakan teknologi dan mempunyai kemahiran pelbagai disiplin ilmu,” katanya.

Mengangkat tema ‘Membawa Dunia Ke Bilik Darjah Anda’, festival itu menyediakan beberapa pertandingan berteraskan pelbagai cabang keilmuan Bahasa, Matematik, Sains, Teknikal dan Vokasional serta Kemanusiaan dengan kerjasama 14 rakan industri.

Antaranya, membuat laporan berita melalui Instagram, ‘cool coding’, Pertandingan 3R, melukis mural dinding 3D, ilustrasi buku dan Minecraft: EE Challenge.