Blog

Seminar Menuju Negara Rahmah beri kefahaman jitu dasar Islam

SHAH ALAM, 6 OGOS: Seramai 200 peserta dari Pusat Wanita Berdaya (PWB) dan Majlis Pengurusan Komuniti Kampung (MPKK) sekitar negeri menyertai Seminar Menuju Negara Rahmah, di Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, di sini.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, seminar itu bertujuan memberi kefahaman jitu berkenaan dasar Islam yang diperkenalkan kerajaan berkaitan pendekatan gagasan Rahmatan Lil ‘Alamin mengikut acuan Malaysia.

“Saya berharap melalui seminar ini, ia dapat membudayakan konsep Rahmatan Lil ‘Alamin dan dipraktikkan dalam kehidupan selain mewujudkan masyarakat sejahtera.

“Ia juga untuk memberi pendedahan berkenaan konsep Maqasid Syariah kepada khalayak supaya dapat difahami dan dijadikan panduan bagi meniti kehidupan seharian,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Seminar “Menuju Negara Rahmah”, di sini hari ini yang turut dihadiri EXCO Pembangunan Usahawan serta Pembangunan Luar Bandar, Desa dan Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Pada masa sama, Siti Mariah turut berharap segala objektif seminar itu tercapai ke arah membuktikan Malaysia adalah negara unik dengan kepelbagaian etnik, agama dan budaya yang harmonis.

“Sebagai manusia yang ada sifat rahmah, kita seharusnya mempunyai objektif dalam kehidupan dan bersifat profesional,” katanya.

Pada seminar itu, peserta mendengar pembentangan konsep maqasid syariah oleh Institut Maqasid Syariah Pusat Kecemerlangan, Universiti Selangor, manakala sesi kedua berhubung “Kesolehan Sosial: Nilai Rahmah dalam Baldatun Toyyibah Was Rabbun Ghafur” oleh Jawatankuasa Induk Majlis Perundingan Wanita Rahmah (MAWAR).

Turut diselitkan forum berkenaan Peranan Wanita Dalam Menerapkan Nilai Rahmah.

Program itu adalah anjuran bersama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia, PPAS dan MAWAR.