Sistem sesentuh untuk bas percuma siap hujung tahun

SHAH ALAM, 17 JAN: Sistem sesentuh untuk menaiki Bas Smart Selangor dijangka boleh digunakan mulai hujung tahun ini, kata pengendali projek pintar Smart Selangor Delivery Unit (SSDU).

Pengarah Urusannya Dr Fahmi Ngah berkata ia membolehkan warganegara menggunakan kad pengenalan untuk menaiki bas secara percuma manakala warga asing pula dicaj RM1.

“Sistem ini masih berada pada peringkat awal pelaksanaan dan masih dalam perbincangan dengan pihak vendor. Kita jangka ia boleh diguna hujung tahun,” katanya kepada SelangorKini.

Kerajaan Negeri dalam Belanjawan Selangor 2020 memperkenalkan caj bayaran perkhidmatan Bas Smart Selangor RM1 kepada warga asing.

Kutipan itu digunakan untuk menyelenggara dan menambah jumlah laluan Bas Smart Selangor.

The post Sistem sesentuh untuk bas percuma siap hujung tahun appeared first on Selangorkini.