KISS dan mammogram IPR paling popular di DUN Batu Tiga

SHAH ALAM, 1 FEB: Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) dan Program Mammogram adalah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) paling popular di Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga kata EXCO Kampung Tradisi, Rodziah Ismail.

Beliau yang juga Ahli Dewan Negeri kawasan itu mendapati jumlah penerima bantuan yang membuat pemeriksaan mammogram di Hospital KPJ Shah Alam semakin bertambah.

“Disebabkan sambutan menggalakkan, tempoh pemeriksaan dipanjangkan sehingga jam 10 malam, ia sekali gus memberi peluang kepada mereka yang sibuk pada waktu pagi menjalani pemeriksaan di malam hari.

“Sementara itu, sambutan menggalakkan program KISS juga dapat dilihat kali ini. Lebih meriah apabila kuota penerima bantuan itu ditambah 700 bagi DUN Batu Tiga,” katanya selepas Program Pendaftaran IPR di Dewan Teratai Seksyen 19, di sini, hari ini.

Pada Belanjawan Selangor 2020, Skim Kesihatan Wanita Selangor diwujudkan dan antara dilaksanakan menerusi program itu ialah ‘1 Juta Wanita Selangor Sihat’ yang mengkhususkan pemeriksaan mammogram percuma bagi wanita berusia 35 tahun ke atas.

The post KISS dan mammogram IPR paling popular di DUN Batu Tiga appeared first on Selangorkini.