Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu pengoperasian bas adalah dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 malam dengan kekerapan perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Seksyen 5, Shah Alam mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6:30 pagi sehingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5, Shah Alam.

Perkhidmatan bas percuma di kawasan MBSA melibatkan laluan sejauh 21 kilometer. Perkhidmatan bermula di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah Alam dan akan melalui 22 perhentian iaitu:

 

LALUAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM(MBSA)
BILANGAN HENTIAN
  1. Stesen Komuter, Seksyen 19
  2. Balai Bomba, Seksyen 15
  3. Dataran Shah Alam/ Wisma MBSA, Seksyen 14
  4. Bangunan SUK (Pintu Masuk Utama), Seksyen 5
  5. Pasar Seksyen 6
  6. Pondok Bas Seksyen 4
  7. SK Raja Muda, Seksyen 4
  8. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2
  9. Hentian Bas, Seksyen 2
  10. Persiaran Institut (Pintu masuk utama UiTM), Seksyen 1
  11. Persiaran Institut (Pangsapuri Baiduri), Seksyen 7
  12. Persiaran Institut (UNISEL), Seksyen 7
  13. Persiaran Kayangan (UNISEL), Seksyen 7
  14. Persiaran Bestari (Tasik), Seksyen 7
  15. Persiaran Bestari (Pangsapuri Nilamsari), Seksyen 7
  16. Persiaran Bestari (SK Seksyen 7), Seksyen 7
  17. Persiaran Bestari (Masjid), Seksyen 7
  18. Persiaran Permai (Blok 4), Seksyen 7
  19. Persiaran Permai (Blok 31), Seksyen 7
  20. Persiaran Permai (SJK (T) Ladang Midlands), Seksyen 7
  21. Hentian Jakel, Seksyen 7
  22. Hospital Shah Alam, Seksyen 7

 

WAKTU OPERASI

6:30 pagi hingga 6:30 petang (Isnin hingga Jumaat)

6:00 pagi hingga 9:00 malam (Sabtu dan Ahad, tidak melalui Bangunan SUK)

 

KEKERAPAN PERJALANAN

Setiap 15 minit — 30 minit

Perkhidmatan bas percuma ini bukan hanya meliputi kawasan Shah Alam sahaja bahkan meliputi seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Selangor seperti berikut dan diperluaskan secara berperingat-peringkat:

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  4. Majlis Perbandaran Kajang
  5. Majlis Perbandaran Klang
  6. Majlis Perbandaran Selayang
  7. Majlis Perbandaran Subang Jaya
  8. Majlis Daerah Hulu Selangor
  9. Majlis Daerah Kuala Langat
  10. Majlis Daerah Kuala Selangor
  11. Majlis Daerah Sabak Bernam

 

Terkini: Bas Smart Selangor

Penduduk DUN Sungai Tua bakal terima kemudahan pengangkutan mini percuma

Oleh AZIAN AZIZ GOMBAK, 4 FEB: Dato’ Menteri Besar hari ini mengumumkan akan menyediakan pengangkutan mini percuma untuk penduduk Dewan ...
Baca Selanjutnya

Sambutan Tahun Baharu Cina negeri, angpau RM10,000 menanti pengunjung

SHAH ALAM, 16 JAN: Rumah terbuka Tahun Baharu Cina peringkat negeri pada 28 Januari depan menawarkan angpau berjumlah RM10,000 kepada ...
Baca Selanjutnya

Dana RM25 juta laksana perkhidmatan Bas Smart Selangor, van transit

SHAH ALAM, 2 DIS : Kerajaan Negeri memperuntukkan sejumlah RM25 juta bagi memperkasa pengangkutan awam di bawah program Selangor Mobiliti ...
Baca Selanjutnya

4.45 juta guna Bas Smart Selangor setakat 30 September

SHAH ALAM, 30 NOV: Jumlah pengguna Bas Smart Selangor menunjukkan trend meningkat tahun ini selepas banyak sektor kembali dibuka pascapandemik ...
Baca Selanjutnya

Orang ramai sambut baik sistem van transit, melengkapi Bas Smart Selangor

SHAH ALAM, 28 NOV: Orang ramai menyambut baik langkah Selangor memperkasakan sistem pengangkutan awam dengan memperkenal perkhidmatan van transit atas ...
Baca Selanjutnya

Manfaat teknologi pintar, tingkat kualiti pengangkutan awam negeri

SHAH ALAM,28 NOV: Ekosistem pengangkutan awam di negeri ini yang dinaik taraf menggunakan teknologi pintar merupakan usaha dalam meningkatkan penggunaannya ...
Baca Selanjutnya

Dana RM25 juta perkenal khidmat van transit atas permintaan

SHAH ALAM, 26 NOV: Selangor memperkenal perkhidmatan van transit atas permintaan bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan awam di negeri ini. Dato’ ...
Baca Selanjutnya

Perkenal khidmat van transit atas permintaan, dana RM25 juta rangkum pengangkutan awam

SHAH ALAM, 25 NOV: Selangor memperkenal perkhidmatan van transit atas permintaan bagi melengkapkan ekosistem pengangkutan awam di negeri ini. Dato’ ...
Baca Selanjutnya