Inisiatif Peduli Rakyat

Dalam usaha untuk mempertingkatkan sistem pengangkutan di Negeri Selangor, pihak Kerajaan Negeri Selangor telah menyediakan perkhidmatan bas secara percuma kepada 3 Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Selangor iaitu Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) dan Majlis Perbandaran Klang (MPK)

Penyediaan bas ini bertujuan memberikan perkhidmatan pengangkutan secara percuma sekaligus membantu menggalakkan orang ramai menggunakan perkhidmatan pengangkutan awam selain dapat meringankan beban golongan yang kurang berkemampuan. Perkhidmatan ini juga dapat membantu mengurangkan penggunaan kenderaan persendirian yang boleh menyebabkan kesesakan lalulintas dan pencemaran alam sekitar.

Waktu pengoperasian bas adalah dari jam 6:00 pagi sehingga 9:00 malam dengan kekerapan perjalanan selama 15 minit untuk sampai ke setiap hentian.

Untuk makluman awam, Bas Selangorku akan melalui bangunan kerajaan iaitu Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK), Seksyen 5, Shah Alam mengikut waktu tertentu sahaja iaitu bermula pada jam 6:30 pagi sehingga 6:30 petang pada hari Isnin hingga Jumaat sahaja (hari bekerja). Manakala pada hari Sabtu dan Ahad pula, perkhidmatan Bas Selangorku tidak melalui laluan ke Bangunan SUK, Seksyen 5, Shah Alam.

Perkhidmatan bas percuma di kawasan MBSA melibatkan laluan sejauh 21 kilometer. Perkhidmatan bermula di Stesen Komuter, Seksyen 19, Shah Alam dan akan melalui 22 perhentian iaitu:

 

LALUAN MAJLIS BANDARAYA SHAH ALAM (MBSA)
BILANGAN HENTIAN
  1. Stesen Komuter, Seksyen 19
  2. Balai Bomba, Seksyen 15
  3. Dataran Shah Alam/ Wisma MBSA, Seksyen 14
  4. Bangunan SUK (Pintu Masuk Utama), Seksyen 5
  5. Pasar Seksyen 6
  6. Pondok Bas Seksyen 4
  7. SK Raja Muda, Seksyen 4
  8. SMK Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 2
  9. Hentian Bas, Seksyen 2
  10. Persiaran Institut (Pintu masuk utama UiTM), Seksyen 1
  11. Persiaran Institut (Pangsapuri Baiduri), Seksyen 7
  12. Persiaran Institut (UNISEL), Seksyen 7
  13. Persiaran Kayangan (UNISEL), Seksyen 7
  14. Persiaran Bestari (Tasik), Seksyen 7
  15. Persiaran Bestari (Pangsapuri Nilamsari), Seksyen 7
  16. Persiaran Bestari (SK Seksyen 7), Seksyen 7
  17. Persiaran Bestari (Masjid), Seksyen 7
  18. Persiaran Permai (Blok 4), Seksyen 7
  19. Persiaran Permai (Blok 31), Seksyen 7
  20. Persiaran Permai (SJK (T) Ladang Midlands), Seksyen 7
  21. Hentian Jakel, Seksyen 7
  22. Hospital Shah Alam, Seksyen 7

 

WAKTU OPERASI

6:30 pagi hingga 6:30 petang (Isnin hingga Jumaat)

6:00 pagi hingga 9:00 malam (Sabtu dan Ahad, tidak melalui Bangunan SUK)

 

KEKERAPAN PERJALANAN

Setiap 15 minit — 30 minit

Perkhidmatan bas percuma ini bukan hanya meliputi kawasan Shah Alam sahaja bahkan meliputi seluruh pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan Selangor seperti berikut dan diperluaskan secara berperingat-peringkat:

  1. Majlis Bandaraya Shah Alam
  2. Majlis Bandaraya Petaling Jaya
  3. Majlis Perbandaran Ampang Jaya
  4. Majlis Perbandaran Kajang
  5. Majlis Perbandaran Klang
  6. Majlis Perbandaran Selayang
  7. Majlis Perbandaran Subang Jaya
  8. Majlis Daerah Hulu Selangor
  9. Majlis Daerah Kuala Langat
  10. Majlis Daerah Kuala Selangor
  11. Majlis Daerah Sabak Bernam

 

Terkini: Bas Smart Selangor

Bas Smart Selangor kini beroperasi di UiTM Shah Alam

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 4 JUL : Bas Smart Selangor kini memulakan operasinya di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah ...
Baca Selanjutnya

Sambutan rumah terbuka peringkat Selangor 15 Jun

OLEH IZRIN MOHAMAD SAID SHAH ALAM, 10 JUN: Orang ramai dijemput hadir memeriahkan Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2019 ...
Baca Selanjutnya

Bangunan parkir bertingkat tampung kenderaan di Terminal 17

OLEH ZAREEF MUZAMMIL FOTO ASRI SAPFIE SHAH ALAM, 31 MEI: Sebuah bangunan parkir bertingkat yang bakal memuatkan 300 kenderaan bakal ...
Baca Selanjutnya

Smart Selangor manfaatkan 3 juta penduduk Petaling

OLEH NADIAH ZAMLUS SERDANG, 27 MEI: Pembangunan Smart Selangor di Daerah Petaling telahpun memanfaatkan kira-kira 3 juta penduduknya, sehinggga hari ...
Baca Selanjutnya

MBSA rancang bina trek basikal fasa tiga tahun ini

OLEH ZAREEF MUZAMMIL & SHAFIQQUL ALIFF SHAH ALAM, 28 APRIL: Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) merancang untuk membina 15 kilometer ...
Baca Selanjutnya

MB puji inisiatif MBSA sedia Smart Bus Stop

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 27 APRIL: Dato’ Menteri Besar memuji usaha Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) melaksanakan projek ‘Smart ...
Baca Selanjutnya

Belum sedia tawar bas khas Smart Selangor ke sekolah

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 22 MAC: Selangor belum berhasrat menyediakan perkhidmatan bas khas Smart Selangor untuk menghantar pelajar ke ...
Baca Selanjutnya

Laluan baharu Bas Smart Selangor MPSJ dirasmi

MPSJ rasmi laluan baharu Bas Smart Selangor OLEH UMIRAH IZRIN SERI KEMBANGAN, 11 MAC: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) merasmikan ...
Baca Selanjutnya