Inisiatif Peduli Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor mengiktiraf peranan penting kaum ibu dalam sesebuah keluarga yang tidak mengenal penat lelah untuk mengurus hal ehwal keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anak.

Bagi menghargai pengorbanan besar kaum ibu, Kerajaan Negeri Selangor memperkenalkan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS), sebuah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

Program ini bertujuan mengurangkan beban kos sara hidup menerusi bantuan kewangan bagi pembelian barangan keperluan asas.

Peserta program dapat membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai (cashless).

 

MANFAAT KAD KISS 
  1. Kad KISS akan diberi kepada setiap ahli yang layak
  2. Kad KISS boleh diguna di kedai serta pasaraya berdaftar
  3. Urusniaga pembelian barangan keperluan asas adalah secara tanpa tunai (cashless)
  4. Pembelian barangan keperluan asas adalah terhad sebanyak RM 200 sebulan
  5. Baki nilai bagi bulan terdahulu tidak akan dibawa ke bulan hadapan
  6. Kad KISS akan ditambah nilai ke tahap RM 200 pada setiap bulan secara automatik
SENARAI BARANGAN KEPERLUAN ASAS YANG DILULUSKAN
  1. ​Beras
  2. Mi dan Bihun
  3. Roti
  4. Biskut
  5. Telur
  6. Gula dan Garam
  7. Rempah ratus
  8. Tepung
  9. Minyak masak
  10. Sayur-sayuran
  11. Daging ayam, lembu, kambing dan ikan
  12. Sabun dan bahan pencuci (detergent)
  13. Lampin pakai buang (bayi / dewasa)
  14. Produk tenusu – susu segar, susu tepung, susu sejat dan susu pekat manis
  15. Barangan persekolahan – kasut, beg, buku, alatulis, pakaian seragam dan sebagainya
  16. Nota : Hanya barangan yang tersenarai di atas diluluskan untuk pembelian. Tiada had dari segi jenama barangan yang dipilih.

 

SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia; dan
  2. Lahir di Selangor atau menetap di Selangor melebihi 10 tahun ; dan
  3. Pemilih berdaftar di Negeri Selangor; dan
  4. Wanita berkeluarga (berkahwin atau ibu tunggal) yang mempunyai anak/tanggungan di bawah umur 21 tahun; dan
  5. Pendapatan isi rumah di bawah RM 2,000 sebulan

Terkini: Kasih Ibu Smart Selangor

Proses syarat terima KISS diperketat

OLEH SHEEDA FATHIL PUCHONG, 14 JULAI: Syarat bagi penerima program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) diperketat untuk memastikan hanya mereka ...
Baca Selanjutnya

KISS mula diagih 16 Julai ini

OLEH SHEEDA FATHIL PUCHONG, 14 JULAI : Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan mula diagihkan pada 16 Julai ini, kata ...
Baca Selanjutnya

Selangor tangguh kemas kini KISS sempena Aidilfitri

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 31 MEI: Penerima Inisiatif Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) masih boleh menggunakan kad berkenaan sehingga ...
Baca Selanjutnya

Manfaat KISS diterus, kemas kini data mulai 1 Jun

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM KUALA SELANGOR, 26 APR: Program Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) akan mengemaskini data penerimanya selama sebulan ...
Baca Selanjutnya

Penjajaran semula IPR, usaha kukuh kewangan negeri

KUALA SELANGOR, 26 APRIL: Kerajaan Negeri hari ini mengumumkan penjajaran semula Inisiatif Peduli Rakyat (IPR), dalam usaha memperkukuh kedudukan kewangan ...
Baca Selanjutnya

Pemutihan penerima KISS selaras penjajaran IPR

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 22 MAC: Langkah pemutihan bagi penerima bantuan Kasih Ibu Smart Selangor (KISS) sedang dijalankan Kerajaan ...
Baca Selanjutnya

Selangor tambah baik kriteria penerima baucar RM100

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM8.4 juta untuk program Jom Shopping dengan sasaran tahunan seramai ...
Baca Selanjutnya

Selangor bukti pentadbiran cemerlang PAKATAN – MB

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 2 MAC: Selangor terus cemerlang diterajui Pakatan Harapan (PAKATAN) menjadi bukti kewibawaan parti itu dalam ...
Baca Selanjutnya