Program Insentif Perkahwinan Belia adalah salah satu program Kerajaan Negeri Selangor yang membantu pasangan pengantin baru yang layak untuk menerima insentif perkahwinan sebanyak RM500 sekiranya pasangan tersebut menepati syarat yang telah ditetapkan. 

Penyaluran Insentif akan disalurkan melalui bank BSN menggunakan Sijil Simpanan Premium. Pemohon tidak perlu membuka akaun BSN untuk menerima insentif tersebut.

 

SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor ATAU Lahir di luar Negeri Selangor DAN Alamat MyKad mestilah dalam Selangor
  3. Bermastautin di Negeri Selangor minimum 10 tahun (perlu pengesahan Ahli Parlimen / ADUN / Penyelaras Dun / Penghulu / Ketua Kampung / Pengerusi Taman Perumahan / Nazir Masjid)
  4. Berumur 35 tahun ke bawah
  5. Perkahwinan kali pertama sahaja
  6. Permohonan terbuka dalam tempoh 12 bulan bermula dari tarikh nikah/tarikh daftar perkahwinan
  7. Tarikh tutup pendaftaran online adalah sebelum genap 12 bulan daripada tarikh nikah/tarikh daftar perkahwinan
  8. Tempoh 12 bulan hanya layak kepada pemohon yang berkahwin bermula 1 Januari 2017 sahaja
DOKUMEN DIPERLUKAN

Berikut adalah dokumen yang wajib dihantar oleh pemohon:

  1. Salinan Kad Pengenalan pemohon.
  2. Satu Salinan Sijil Nikah yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam Negeri (pemohon beragama Islam)
  3. Satu Salinan Sijil Pendaftaran Perkahwinan yang berdaftar dengan Jabatan Pendaftaran Negara (pemohon bukan beragama Islam)
  4. Borang Pengesahan Mastautin (bagi pemohon bukan kelahiran Selangor)
    * Anda perlu menggunakan borang yang dikeluarkan oleh pihak YAWAS sahaja. Borang boleh didapati setelah mendaftar online dan dicetak bersama borang permohonan

Terkini: Insentif Perkahwinan Belia

No posts found.