Inisiatif Peduli Rakyat

“Y.A.B. Menteri Besar telah menginspirasikan hasrat beliau menerusi ucapan Belanjawan Negeri Selangor 2019 untuk menambah nilai dalam program Insentif Perkahwinan Belia (IPB) dengan pengisian program pembangunan kekeluargaan dan kerohanian bagi memantapkan institusi keluarga muda terutamanya di awal usia perkahwinan. Beliau juga tidak hanya mahu fokus kepada pemberian bantuan kebajikan dan simpati semata-mata malah beliau ingin menekankan aspek memberi daya melalui pemerkasaan kepada para penerima manfaat dan dalam konteks ini adalah kepada golongan belia Selangor yang baru berkahwin.”

Kesinambungan daripada hasrat tersebut, Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) diwujudkan dengan pendekatan pengisian ilmiah melalui pelaksanaan kursus kekeluargaan dan juga pemberian wang insentif.

Dengan wujudnya program ini diharapkan golongan belia dapat manfaatkan ilmu yang diperoleh untuk dipraktikkan dalam institusi keluarga masing-masing.

KONSEP PROGRAM IGEMS

PEMBERIAN INSENTIF RM300

  1. Nilai insentif : RM300.00 seorang (salah seorang suami ATAU isteri ATAU kedua-dua suami DAN isteri – tertakluk kepada yang menepati syarat layak program iGems).
  2. Pemberian melalui Baucer Cenderahati Premium (BCP) bernilai RM300.00 dan diserahkan kepada penerima pada hari kursus. *Penerima perlu hadir ke Bank BSN untuk menukarkan BCP dalam bentuk Sijil Simpanan Premium DAN boleh ditunaikan selepas 45 hari berkerja ATAU boleh disimpan sahaja.
  3. Pemberian insentif ini akan diberikan setelah tamat kursus.
  4. Insentif diberikan sebagai tanda penghargaan dan komitmen belia hadir kursus disamping menggalakkan belia menyimpan.
  5. Kursus kekeluargaan yang mewajibkan kehadiran kedua-dua pasangan.
  6. Kursus kekeluargaan selama setengah hari dan kos kursus dibiayai oleh Kerajaan Negeri Selangor.

 

PELAKSANAAN KURSUS KEKELUARGAAN

  1. Kehadiran ke kursus secara pasangan adalah diwajibkan.
  2. Kursus ini dilaksanakan selama setengah hari.
SYARAT PENDAFTARAN IGEMS
  1. Pendaftaran hendaklah dibuat secara atas talian (online) sahaja.
  2. WARGANEGARA Malaysia.
  3. Kelahiran Negeri Selangor ATAU bukan kelahiran Negeri Selangor.
  4. Bermastautin di Negeri Selangor sekurang-kurangnya 10 tahun (Alamat Mykad mesti Negeri Selangor).
  5. Pengundi berdaftar di Negeri Selangor sewaktu pendaftaran dibuat.
  6. Telah berkahwin dalam tempoh 6 bulan ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.
  7. Perkahwinan kali pertama sewaktu pendaftaran dibuat.
  8. Berumur 40 tahun DAN ke bawah sewaktu pendaftaran dibuat.
  9. Pendaftaran terbuka kepada pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 dan ke atas. (*Bagi pasangan yang berkahwin bermula 1 September 2018 sehingga 31 Disember 2019, pendaftaran boleh dibuat sehingga 31 Jun 2020 sahaja).

 

SYARAT LAYAK PROGRAM IGEMS
  1. Suami ATAU / DAN isteri mesti memenuhi syarat pendaftaran iGems.
  2. Wajib hadir kursus secara berpasangan (suami dan isteri).
  3. Hadir dan tamat modul kursus yang dilaksanakan.

Untuk lebih lanjut layari laman web : http://igems.yawas.my

Terkini: Program Insentif Generasi Muda Selangor

iGems beri insentif perkahwinan pertama RM300

SHAH ALAM, 13 NOV: Kerajaan Negeri mengumumkan Program Insentif Generasi Muda Selangor (iGems) melalui pemberian insentif RM300 seorang bagi perkahwinan ...
Read More

iGems program kukuhkan kekeluargaan

SUNGAI BULOH, 8 FEB: Kerajaan Negeri memandang serius angka perceraian membabitkan pasangan Islam yang direkodkan di Selangor berjumlah 12,203 kes ...
Read More