Skim Mesra Usia Emas (SMUE) ini bermula sebagai skim khairat kematian kepada warga emas dan OKU yang layak sebanyak RM2,500. Bermula pada 1 haribulan Mei 2019 program khairat kematian telah dihentikan dan diganti dengan pemberian manfaat masa hidup sebanyak RM100 setahun di dalam bentuk program baru iaitu ‘Jom Shopping’ kepada warga emas / OKU yang layak, sempena musim perayaan dan dijangka bermula pada bulan Oktober tahun 2019.

 

Penambahbaikan ini adalah bertepatan dengan hasrat Kerajaan Negeri Selangor yang menghargai golongan warga emas dan mahu mereka menikmati hasil negeri semasa mereka masih hidup. Baucar Jom Shopping ini akan membantu golongan warga emas dalam membeli barang keperluan asas sebagai kelengkapan menjelang musim perayaan.

 

SYARAT KELAYAKAN

Syarat Kelayakan Warga Emas:

  1. Warga Emas yang layak mendaftar adalah seorang WARGANEGARA Malaysia berumur 60 tahun dan ke atas
  2. Samada:
    • Lahir dan sedang menetap di Negeri Selangor ATAU
    • Lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974 DAN sedang menetap di Negeri Selangor atau di Wilayah Persekutuan ATAU
    • Bermastautin di Negeri Selangor secara sah sekurang-kurangnya 15 tahun (bagi yang bukan kelahiran Negeri Selangor)

Syarat Kelayakan bagi Orang Kurang Upaya (OKU):

  1. Memiliki kad OKU yang dikeluarkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM)
  2. Tiada had umur untuk pemohon dari kategori OKU yang lahir di Negeri Selangor
  3. Bagi OKU yang bermastautin di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur mereka hanya layak sekiranya mereka lahir di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebelum 1 Februari 1974.
  4. Bagi OKU yang lahir diluar Negeri Selangor mereka hanya layak sekiranya telah bermastautin melebihi 15 tahun di Negeri Selangor.

 

MAKLUMAN

Pengesahan taraf mastautin boleh dilakukan oleh mana-mana pihak berikut:

  1. Ahli Parlimen / Senator
  2. ADUN / Penyelaras DUN
  3. Penghulu / Ketua Kampung / Ketua Komuniti India
  4. Ahli Majlis Pihak Berkuasa Tempatan
  5. Pengerusi Taman Perumahan
  6. Nazir Masjid / Ketua Rumah Ibadat

Terkini: Skim Mesra Usia Emas (SMUE)

Lebih 5,000 warga emas DUN Selat Klang terima Jom Shopping SMUE

KLANG, 30 SEPT: Seramai 5,800 warga emas di Dewan Undangan Negeri (DUN) Selat Klang bakal menerima Jom Shopping Skim Mesra ...
Baca Selanjutnya

Tuntutan SMUE sebelum 31 Mei

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 15 MEI: Tuntutan bagi Skim Mesra Usia Emas (SMUE) boleh dibuat sebelum 31 Mei ini, ...
Baca Selanjutnya

SMUE beri manfaat terus kepada warga emas

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 30 APR: Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menyambut baik penjajaran semula Skim Mesra Usia Emas ...
Baca Selanjutnya

Selangor tidak pernah mansuh SMUE

OLEH NADIAH ZAMLUS SHAH ALAM, 28 APR: Kerajaan Selangor tidak pernah memansuhkan Skim Mesra Usia Emas (SMUE) seperti yang didakwa ...
Baca Selanjutnya

Baucar Jom Shopping hargai warga emas ketika hidup

OLEH ZAIM BADRUL HISHAM KUALA SELANGOR, 26 APR: Sejajar hasrat menjaga kebajikan warga emas, Kerajaan Negeri bakal memberikan baucar Jom ...
Baca Selanjutnya

ADN Sungai Ramal serah sumbangan SMUE RM80,000

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 31 MAC: Sejumlah RM80,000 khairat kematian di bawah Skim Mesra Usia Emas (SMUE) diserahkan Dewan ...
Baca Selanjutnya

Rakyat Sabak Bernam dilimpahi manfaat sumbangan Kerajaan Negeri

OLEH AFIX REDZUAN SABAK BERNAM, 9 NOV: Pelbagai manfaat diterima rakyat menerusi Jelajah Maju Bersama Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari ...
Baca Selanjutnya

MB: Selangor era BN gagal peduli kebajikan rakyat

OLEH NAZLI IBRAHIM PETALING JAYA, 8 SEPT: Kerajaan Barisan Nasional (BN) tidak mempedulikan kesejahteraan dan kebajikan rakyat ketika mentadbir Selangor ...
Baca Selanjutnya