Inisiatif Peduli Rakyat

Kerajaan Negeri Selangor memperuntukkan RM125 juta setahun bagi penyediaan perkhidmatan percuma penjagaan kesihatan untuk 250,000 keluarga atau sejuta rakyat Selangor yang mempunyai pendapatan isi rumah RM3,000 ke bawah.

 

Dibawah Skim Peduli Sihat ini, Kerajaan Negeri Selangor akan membiayai rawatan kesihatan asas setiap keluarga yang layak sehingga RM500 setahun.

 

Mereka yang dilahirkan atau menetap lebih 10 tahun di Selangor layak mendapatkan rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang.

 

Setiap peserta akan menerima kad kesihatan Peduli Sihat, membolehkan pemegang akaun utama serta tanggungan, isteri juga anak di bawah 21 tahun menerima rawatan doktor di klinik berdaftar menurut had gunaan dan kelayakan ditetapkan.

Klinik yang berdaftar dengan Peduli Sihat akan mengenakan bayaran yuran konsultasi doktor yang tidak membebankan rakyat selaras dengan yuran ditetapkan Persatuan Perubatan Malaysia (MMA).

Di bawah Skim Peduli Sihat ini disediakan:

Program Dialisis Rakyat

Kepeduliaan Kerajaan Negeri diteruskan apabila peruntukan bagi Program Dialisis Rakyat ditingkatkan dari RM1.7 juta setahun kepada RM5 juta, bermula 2017.

 

Ketetapan itu diambil atas kesedaran kos rawatan dialisis amat membebankan pesakit kerana mereka tidak mampu bekerja menampung kos sara hidup keluarga.

 

National Renal Transplant Registry 2014 melaporkan terdapat 6,890 pesakit dialisis di Selangor dan kelazimannya setiap pesakit perlu menjalani rawatan 13 kali sebulan membabitkan kos hampir RM3,000 sebulan.

 

Sehingga 24 Oktober lalu, seramai 504 pesakit sudah menerima manfaat program ini dengan kos RM1.45 juta ditanggung Kerajaan Negeri.

 

Early Intervention Programme (EIP)

Tidak cukup dengan itu, Kerajaan Negeri tampil dengan Program Intervensi Awal (Early Intervention Programme) khusus untuk kanak-kanak berkeperluan khas dalam hasratnya mewujudkan masyarakat penyayang dengan peruntukan RM3 juta.

 

Program ini menyediakan pendidikan dan pelbagai jenis terapi ‘physiotherapy’, ‘occupational therapy’, ‘speech therapy’ dan ‘hydrotherapy’ bertujuan membantu ibu bapa mengambil langkah awal mengelak berlakunya masalah sampingan pada keadaan fizikal anak mereka pada masa akan datang.

 

Pada masa sama, program ini membantu kanak-kanak berkeperluan khas beradaptasi dalam masyarakat tanpa merasa terpisah kerana mereka juga mempunyai kebolehan dan potensi yang tersendiri. Sebarang maklumat sila email kepada eip@mbiselangor.com.my

 

Menangani Denggi & Zika

Komited membasmi denggi dan zika secara holistik, Kerajaan Negeri meningkatkan peruntukan kawalan dan pencegahan kepada RM5 juta pada 2017 berbanding RM1.5 juta, pada 2016.

 

Sekali lagi, Kerajaan Negeri berbelanja besar dan peruntukan ini akan digunakan untuk menambah aktiviti kawalan dengan menambah penggunaan Pest Controller Operator (PCO) di setiap pihak berkuasa tempatan.

 

Tidak cukup dengan itu, kesungguhan Kerajaan Negeri memberi jaminan hidup sihat kepada rakyatnya dikuatkan lagi dengan mempertingkatkan penguatkuasaan undang-undang terhadap pihak tidak bertanggungjawab menyumbang kepada penularan wabak ini.

 

Namun, Kerajaan Negeri menaruh harapan tinggi kepada semua pihak untuk bersama memikul tanggungjawab memastikan tiada lagi tempat pembiakan nyamuk Aedes.

 

KAD PEDULI SIHAT SELANGOR

Dibawah program Skim Peduli Sihat, pemohon yang layak akan diberikan Kad Peduli Sihat Selangor bagi menerima rawatan di 1,000 klinik berdaftar di Selangor dan Lembah Klang. Kad Peduli Sihat mempunyai dua (2) kategori:

 

Kategori A
  1. Untuk suami dan / atau isteri beserta anak-anak (di bawah 21 tahun)
  2. Pendapatan isi rumah RM3,000.00 ke bawah sebulan

 

Kelebihan

  1. Mendapat isi kad bernilai RM 500.00 setahun
  2. Had gunaan sehingga RM50 setiap kali rawatan
  3. Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  4. Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan untuk satu keluarga diatas nama pemegang akaun utama

 

Kategori B
  1. Individu berumur 21 tahun dan ke atas yang berkelayakan
  2. Pendapatan individu RM1,500.00 ke bawah sebulan

 

Kelebihan

  1. Mendapat isi kad bernilai RM 200.00 setahun
  2. Had gunaan RM50 setiap kali rawatan
  3. Tiada had untuk jenis rawatan dan perubatan
  4. Satu kad perubatan PEDULI SIHAT diberikan kepada seorang individu diatas nama pemegang akaun

 

SYARAT KELAYAKAN
  1. Warganegara Malaysia
  2. Lahir di Negeri Selangor atau telah menetap di Selangor melebihi 10 tahun

Terkini: Skim Peduli Sihat

Kemas kini Skim Peduli Sihat tumpu penerima layak

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 15 JUN: Hanya mereka yang benar-benar layak sahaja bakal menerima Kad Peduli Sihat, selaras proses ...
Baca Selanjutnya

Golongan B40 di Kedah digesa segera rebut manfaat PeKa B40

ALOR SETAR, 4 Jun : Penerima Bantuan Sara Hidup berusia 50 tahun dan ke atas di Kedah, digesa supaya segera ...
Baca Selanjutnya

PeKa B40: 6,000 pesakit sudah buat saringan kesihatan

IPOH, 19 MEI: Hampir 6,000 pesakit yang layak menerima Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40) telah membuat saringan ...
Baca Selanjutnya

Bebas rokok di premis makanan antara kejayaan terbesar KKM

KUALA LUMPUR, 8 MEI: Mungkin masih ramai ingat bagaimana nama Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, mula menjadi sebutan ...
Baca Selanjutnya

Jangan anak tirikan Selangor kerana negeri kaya

OLEH NAZLI IBRAHIM SEPANG, 4 MEI: Status Selangor sebagai negeri kaya tidak boleh dijadikan alasan untuk Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan ...
Baca Selanjutnya

Setahun PH: PeKa B40 antara pencapaian KKM

PUTRAJAYA, 3 MEI: Pelaksanaan Skim Peduli Kesihatan untuk Kumpulan B40 (PeKa B40), pengurusan projek sakit dan inisiatif mengawal harga ubat, ...
Baca Selanjutnya

Selangor cadang sedia skim perlindungan Ketua Kampung

OLEH NAZLI IBRAHIM KUALA SELANGOR, 26 APR: Kerajaan Negeri bercadang menyediakan satu skim perlindungan kemalangan dan kesihatan kepada Ketua-ketua Kampung ...
Baca Selanjutnya