Program Inisiatif Peduli Rakyat ini adalah untuk individu yang bakal melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi (IPT). Mereka yang layak akan dihadiahkan bantuan sebanyak RM1,000 untuk membantu dengan pembelian persediaan kelengkapan ke IPT.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

  1. Permohonan terbuka kepada Warganegara Malaysia sahaja
  2. Pemohon mestilah terdiri daripada rakyat D.Y.M.M. Sultan Selangor Darul Ehsan yang memenuhi kriteria-kriteria seperti berikut:
  3.                  a. Pemohon lahir di Negeri Selangor ATAU

                     b. Ibu atau Bapa pemohon lahir di Negeri Selangor

  4. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk memasuki Tahun Pertama (Semester Pertama) di IPT tersebut
  5. Pemohon telah ditawarkan tempat untuk melanjutkan pengajian secara sepenuh masa (full-time courses) di IPTA atau IPTS yang diiktiraf oleh Kerajaan bagi pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda atau Diploma sahaja*
  6. Pemohon telah mendaftarkan diri di IPT bagi memulakan sesi pengajian
  7. Pendapatan isi rumah Ibu Bapa atau Penjaga pemohon berjumlah RM5,000 ke bawah sahaja

Nota:

 

Matrikulasi/ Kursus Persediaan/ Tahun Asas/ A-Level/ ACCA/ LCCI/ Ijazah Lanjutan/ Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (DPLI/ KPLI)/ Pengajian Jarak Jauh (PJJ)/ Pengajian Luar Kampus (PLK) tidak layak memohon.

 

ALIRAN PERMOHONAN

 

  1. Permohonan dilakukan secara atas talian (online)
  2. Pemohon perlu mencetak (print) Borang Permohonan HPIPT online yang telah diisi dengan lengkap untuk mendapatkan pengesahan pihak-pihak berkaitan di ruangan yang telah disediakan.
  3. Dokumen-dokumen sokongan berikut disediakan dan mendapat pengesahan pihak-pihak berkaitan:
  4.  

    a. Salinan Sijil Kelahiran Pemohon

    b. Salinan Kad Pengenalan Pemohon

    c. Salinan Kad Pengenalan Ibu dan Bapa Pemohon

    d. Salinan Surat Tawaran Kemasukan daripada IPT

    e. Salinan Penyata Pendapatan/ Penyata KWSP/ Slip Gaji Ibu Bapa/ Penjaga Pemohon (jika masih bekerja) ATAU

    f. Surat Perakuan Pendapatan Ibu Bapa/ Penjaga pemohon(jika bekerja sendiri/ tidak bekerja/ bersara) dengan pengesahan ADUN / Penghulu / Pengerusi JKKK / Ketua Kampung ATAU

    g. Kad Pesara & Penyata Bayaran Pencen terkini Ibu Bapa / Penjaga pemohon (jika pesara Kerajaan)

    h. Salinan muka depan dan muka surat transaksi terakhir Buku Akaun Bank Pemohon (yang tertera nombor akaun dan transaksi terakhir)

    Nota:

    Perakuan dan pengesahan selain daripada pihak-pihak yang dinyatakan di atas tidak akan dipertimbangkan.

     

  5. Pemohon dikehendaki menghantar Borang Permohonan HPIPT yang telah lengkap berserta lampiran dokumen kepada Urus Setia melalui serahan tangan atau pos di alamat seperti berikut:
  6.  

               Urus Setia Hadiah Pengajian IPT

               Pejabat Setiausaha Kerajaan Selangor

               Bahagian Pengurusan Sumber Manusia

               Tingkat 3, Bangunan S.S.A.A.S

               40503 Shah Alam

     

  7. Urus Setia menerima Borang Permohonan HPIPT yang dihantar melalui:
  8.                  a. serahan tangan oleh pemohon yang hadir sendiri ke BPSM;

                     b. penghantaran melalui pos;

                     c. penghantaran berkelompok oleh Pejabat Tanah & Daerah; atau

                     d. penghantaran berkelompok oleh Pusat Khidmat DUN.

  9. Setiap Borang Permohonan HPIPT yang diterima akan direkodkan tarikh penerimaan dan didaftarkan bagi memulakan proses permohonan mengikut Key Performance Indicator (KPI) yang telah ditetapkan, iaitu dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan diterima.
  10. Urus Setia akan memasukkan data dan maklumat pemohon ke dalam Sistem Permohonan HPIPT bagi permohonan secara manual, manakala bagi permohonan secara atas talian (online), data dan maklumat pemohon akan dikemas kini semula berdasarkan Borang Permohonan HPIPT yang diterima.
  11. Urus setia akan membuat semakan permohonan yang telah diterima melalui Sistem Permohonan HPIPT serta memastikan semua lampiran dokumen disertakan oleh pemohon.
  12. Urus Setia akan mengenal pasti dan mengklasifikasikan permohonan seperti berikut:
  13. a. permohonan layak

    b. permohonan tidak lengkap

    c. permohonan tidak layak (tidak memenuhi syarat)

  14. Urus Setia mengambil tindakan terhadap senarai yang telah diluluskan oleh SUB(PSM)/ PSU(B) untuk proses selanjutnya.
  15. Bagi permohonan yang tidak memenuhi syarat, Urus Setia mengemukakan surat maklum balas bagi memaklumkan status permohonan kepada pemohon dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.
  16. Bagi permohonan yang tidak lengkap, Urus Setia akan mengembalikan Borang Permohonan HPIPT serta surat maklum balas yang menyatakan sebab-sebab permohonan dikembalikan dalam tempoh dua (2) minggu dari tarikh permohonan.

 

ALIRAN PEMBAYARAN

 

  1. Urus Setia menyediakan senarai pembayaran untuk semakan PA(B) dan kelulusan SUB(PSM) / PSU(B) dan bayaran adalah melalui Electronic Fund Transfer (EFT).
  2. Urus Setia memproses pembayaran melalui Sistem SPEKS untuk penyediaan bayaran oleh pihak Bendahari Negeri.
  3. Urus Setia menerima laporan pembayaran yang telah dibuat melalui Sistem SPEKS oleh Bendahari Negeri Selangor.
  4. Urus Setia menyediakan surat makluman status permohonan dan pembayaran kepada pemohon yang berjaya. Pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui cek perlu menuntut cek tersebut di BPSM, manakala pemohon yang memilih kaedah pembayaran melalui EFT perlu menyemak transaksi pembayaran melalui akaun masing-masing.

 

https://hpipt.selangor.gov.my/

Dapatkan ringkasan maklumat berkaitan program di bawah Inisiatif Peduli Rakyat. Klik di sini

Terkini: Hadiah Pengajian IPT

LZS: Pertandingan cipta video kreatif dilanjut

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 20 JUN: Lembaga Zakat Selangor (LZS) melanjutkan tempoh Pertandingan Cipta Video Inspirasi Kreatif sehingga 31 ...
Baca Selanjutnya

UiTM bolot debat IPT Piala Dato’ Menteri Besar

OLEH NADIAH ZAMLUS BESTARI JAYA, 15 APR: Pasukan debat Universiti Teknologi Mara (UiTM) berjaya membolot kejuaraan Debat Insititusi Pengajian Tinggi ...
Baca Selanjutnya

IPT diminta anjur debat, kupas kandungan buku-Maszlee

NILAI, 31 MAC: Pihak institusi pengajian tinggi diminta menganjurkan program diskusi atau kupasan kandungan buku, bagi menjadikan universiti sebuah medan ...
Baca Selanjutnya

Khairulnizam & Nurul Alyani dinobat Olahragawan, Olahragawati UiTM 2018

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 7 MAC: Atlet perahu layar, Khairulnizam Mohd Afendy dan atlet boling padang wanita, Nurul Alyani ...
Baca Selanjutnya

Pertandingan Unimaker, UNISEL layak mara peringkat kebangsaan

OLEH SHEEDA FATHIL SHAH ALAM, 9 OKT: Dua kumpulan pelajar Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat dari Universiti Selangor (UNISEL) layak ...
Baca Selanjutnya

Danial Hakim azam perbanyak terjemahan al-Quran bahasa cina

OLEH ZAREEF MUZAMMIL SHAH ALAM, 11 SEPT: Penerima Anugerah Tokoh Saudara Baru, Danial Hakim Boey, 56, berazam memperkenalkan lebih banyak ...
Baca Selanjutnya

Halimey: Langkah Kerajaan Negeri perkasakan anak muda tepat

OLEH NAZLI IBRAHIM PETALING JAYA, 26 OGOS: Pendirian Kerajaan Negeri memperkasakan generasi muda negeri itu dengan mewujudkan pelbagai insentif disifatkan ...
Baca Selanjutnya

Penyelidikan IPT perlu berinovasi dan mesra alam sekitar

OLEH NORHAYATI UMOR SHAH ALAM, 11 OGOS: Penyelidikan yang dijalankan di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) bukan sekadar memenuhi pencapaian tahunan, ...
Baca Selanjutnya