Program Skim Ceria ini disediakan bagi tujuan baik pulih kerosakan harta bersama pangsapuri kos sederhana rendah di Negeri Selangor. Skim Ceria juga membantu JMB dalam menguruskan kerja-kerja sivil, penyenggaraan lif dan pengindahan.

 

SYARAT KELAYAKAN

 

JENIS PANGSAPURI
HARGA BELIAN DENGAN PEMAJU
Kos Rendah RM 42, 000.00 dan ke bawah
Kos Rendah Sederhana RM 42, 001.00 Sehingga RM 72, 000.00

 

  • a) Satu (1) atau MAKSIMUM dua (2) jenis kerja baik pulih dengan anggaran keseluruhan kos tidak melebihi RM300,000.00
  • b) Mempunyai kedudukan kewangan yang stabil
  • c) Keutamaan kepada kerosakan yang paling kritikal

KAEDAH PEMBIAYAAN KOS KERJA BAIK PULIH

 

JENIS PENGSAPURI
NISBAH TANGGUNGAN KOS BAGI KERAJAAN NEGERI
NISBAH TANGGUNGAN KOS BAGI PENDUDUK
Kos Rendah 80% 20%
Kos Rendah Sederhana 60% 40%

 

JENIS-JENIS HARTA BERSAMA YANG BOLEH DIBAIK PULIH

 

Harta bersama berdasarkan tafsiran di bawah peruntukan Akta Hakmilik Strata 1985 [Akta 318] dan Akta Bangunan Dan Harta Bersama (Penyelenggaraan Dan Pengurusan) 2007 [Akta 663].

 

PENGECUALIAN

 

Skim Ceria tidak ditawarkan kepada permohonan di bawah kategori seperti berikut:

 

  • a) Kerja baik pulih yang berkaitan dengan keperluan Sijil Layak Menduduki Bangunan (Certificate of Fitness);
  • b) Kerja baik pulih yang terletak di bawah kategori kecacatan struktur bangunan
  • c) Kerja baik pulih seperti taman permainan, tebang pokok, tiang Iampu, jalan, dewan dan tempat letak kereta

 

(Tertakluk kepada pertimbangan dan kelulusan Jawatankuasa Pengurusan CERIA).

Terkini: Skim Ceria

EXCO: Selangor peruntuk RM10 juta Skim CERIA

AMPANG, 1 MAC: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM10 juta di bawah Skim CERIA bagi membaik pulih kerosakan pangsapuri kos rendah dan ...
Baca Selanjutnya

Lebih 6,000 Rumah Selangorku bakal dibina tahun depan

SHAH ALAM, 1 NOV: Sebanyak 6,379 unit Rumah Selangorku akan dibina melalui 19 projek perumahan khusus buat rakyat di negeri ...
Baca Selanjutnya

Skim CERIA bantu masalah lif perumahan kos rendah Selangor

SHAH ALAM, 4 OGOS : Hampir semua lif pada bangunan perumahan kos rendah di negeri ini telah diganti melalui Skim ...
Baca Selanjutnya

Kenaikan elaun Pengerusi MPKK dipertimbang dalam Belanjawan 2019

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 24 JUN: Kerajaan Negeri bersedia mempertimbangkan cadangan menaikkan elaun Pengerusi Majlis Perawakilan Komuniti Kampung (MPKK) ...
Baca Selanjutnya

Skim khas serap penyewa PA, PPR ada tunggakan sewa

KUALA LUMPUR, 4 MEI: Kira-kira 4,900 penyewa Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR), di sekitar ibu kota yang ...
Baca Selanjutnya

Selangor upaya sedia peruntukan khas atasi kes pangsapuri

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 19 MAC: Kerajaan Negeri berupaya menambah beberapa peruntukan khas kepada pangsapuri kos rendah jika membabitkan ...
Baca Selanjutnya

Skim CERIA: Selangor tanggung sepenuhnya kos baik-pulih

OLEH AFIX REDZUAN SHAH ALAM, 23 NOV: Kerajaan Negeri mencadangkan peruntukan RM10 juta bagi meneruskan Skim CERIA pada 2019 bagi ...
Baca Selanjutnya

EXCO Perumahan syor cat pangsapuri 5 tahun sekali

OLEH NADIAH ZAMLUS AMPANG, 24 JULAI: EXCO Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha mengesyorkan pangsapuri kos rendah dan sederhana, di ...
Baca Selanjutnya