Skim Smart Sewa memberi peluang kepada golongan yang berpendapatan rendah dan sederhana rendah yang tidak berupaya membuat pembelian. Rumah Selangorku ditawarkan Skim Sewaan pada kadar bayaran berpatutan dan berkemampuan agar akhirnya mereka dapat membeli kediaman mereka sendiri di Negeri Selangor.
Anggaran kadar sewaan bermula dari RM600 hingga RM650 sebulan tertakluk kepada harga pasaran sewaan di kawasan berkenaan.
SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia termasuk pasangan pemohon
- Berusia 18 tahun ke atas dan berkeluarga atau mempunyai tanggungan
- Pendapatan seisi keluarga iaitu:
- a) Tidak melebihi RM5,000.00 sebulan dan ke bawah bagi permohonan sewa rumah Jenis A atau Rumah Kos Rendah
- b) Tidak melebihi RM15,000.00 sebulan dan ke bawah dengan keutamaan diberikan kepada pendapatan kurang daripada RM10,000.00 sebulan bagi permohonan sewa rumah Jenis B, C & D termasuk rumah kos sederhana dan sederhana rendah
- Pemohon atau suami / isteri tinggal atau bekerja di Negeri Selangor
- Pemohon tidak mempunyai atau memiliki kediaman di Selangor (diberi keutamaan) atau mempunyai kediaman tetapi terletak melebihi 50 km daripada tempat sewa dipohon serta mestilah berdekatan dalam lingkungan 25 km perjalanan dari tempat kerja
- Pemohon merupakan pengundi di Negeri Selangor
TEMPOH PENYEWAAN
Tempoh sewaan minima selama 2 tahun akan diberikan pemulangan sewaan sebanyak 30% daripada jumlah sewaan yang dibayar apabila mereka tidak lagi tinggal di unit berkenaan. Tempoh maksima sewaan adalah 5 tahun.
DOKUMEN SOKONGAN YANG DIPERLUKAN
- Salinan kad pengenalan pemohon dan pasangan
- Salinan surat nikah / surat pendaftaran perkahwinan / surat cerai
- Salinan sijil kelahiran (MyKad / MyKid) anak
- Salinan MyKad / MyKid tanggungan (selain anak)
- Penyata Gaji 3 bulan terkini
- Salinan KWSP
- Salinan Penyata Bank 3 bulan terkini
- Salinan pengesahan pendapatan terkini pemohon dan pasangan dengan perakuan dari Pesuruhjaya Sumpah
- Salinan kad Orang Kelainan Upaya (OKU), jika berkenaan
- Salinan surat pengesahan doktor, jika berkenaan
- Salinan bil elektrik & bil air terkini kediaman sekarang
- Salinan Daftar Undi
Sebarang pertanyaan hubungi 019 333 0976 / 017 416 3990 / 03 5524 0233
Muat turun borang permohonan di http://phssb.com/borang/
Atau boleh diambil di pejabat kami di
Perumahan dan Hartanah Selangor Sdn Bhd
Tingkat 5, Podium Utara,
Bangunan Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah,
40503 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.
Terkini: Skim Smart Sewa
Selangor bina lebih 40,000 rumah mampu milik, tertinggi banding negeri lain
Baca Selanjutnya
Skim Smart Sewa tawar 4,000 unit rumah, penuhi impian miliki kediaman
Baca Selanjutnya
Selangor jaga keselamatan, kebajikan rakyat harungi gelora Covid-19
Baca Selanjutnya
Negeri tekad pastikan rakyat miliki kediaman berkualiti, selesa dan selamat
Baca Selanjutnya
Jaga kebajikan semua, MB atur program ringankan beban rakyat
Baca Selanjutnya
Tekad terus berkhidmat, MB harungi ujian demi berbakti kepada rakyat
Baca Selanjutnya
Tawar harga mampu milik, Selangor tunai impian rakyat miliki rumah
Baca Selanjutnya
Harga berpatutan, lokasi strategik tarik minat juruteknik pilih Rumah Selangorku
Baca Selanjutnya