Blog

JKR diarah keluar notis tender bina asrama dan sekolah Ladang Coalfields

SHAH ALAM 10 MEI: Kerajaan Selangor mengarahkan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor supaya mengeluarkan notis tender untuk melantik kontraktor bagi membina bangunan sekolah dan asrama Ladang Coalfields di Sungai Buloh.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberi arahan kepada JKR agar proses tender dijalankan secepat mungkin bagi memulakan kerja pembinaan dan menjangkakan bangunan disiapkan dalam tempoh 18 bulan.

MB“Kerajaan Negeri berharap keputusan ini akan mempercepatkan proses pembinaan sejajar dengan misi memartabatkan institusi pendidikan anak-anak pekerja ladang,” kata Abdul Khalid.

Beliau membuat keputusan tersebut ketika mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negeri selepas mendapat taklimat berkenaan pembangunan asrama itu oleh beberapa agensi kerajaan termasuk Majlis Daerah Kuala Selangor, Pejabat Tanah Kuala Selangor, Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan JKR.

Ketika taklimat, Kerajaan Negeri dimaklumkan bahawa proses lantikan kontraktor yang dilakukan oleh bekas EXCO yang bertanggungjawab atas kebajikan pekerja ladang sebelum ini tidak mengikut tatacara yang betul.

Kontraktor itu juga didapati menjalankan kerja tanpa mengemukakan pelan bangunan untuk kelulusan oleh pihak berkuasa tempatan serta gagal mendapatkan kebenaran merancang.

Pembangunan asrama, yang akan menempatkan sekurang-kurangnya 500 pelajar, akan dibiayai melalui Tabung Amanah Sekolah dan Asrama Ladang Coalfields sebanyak RM5 juta yang dibiayai bersama oleh Kerajaan Negeri Selangor dan syarikat perladangan Kuala Lumpur-Kepong Berhad.

Program ini bertujuan untuk membantu anak-anak pekerja ladang mendapat pendidikan yang sempurna dan cemerlang dalam pelajaran sekaligus mengurangkan kemiskinan di kalangan Pekerja Ladang.

EZY