Blog

MB: RM5 juta bina Sekolah Tamil Berasrama pertama di Malaysia

Oleh :LIZAWATI MADFA

KUALA SELANGOR, 21 JUN: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM5 juta bagi mendirikan sebuah sekolah Tamil berasrama yang pertama seumpamanya di Malaysia.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata, sekolah itu dijangka dapat memberi kemudahan asrama kepada kira-kira 500 pelajar India dari golongan berpendapatan rendah.

MBKatanya, usaha itu selaras dengan prinsip Kerajaan Negeri untuk menjadikan pendidikan satu hak yang harus dinikmati rakyat tanpa mengira bangsa, agama atau latar belakang.

“Ini merupakan satu program baru yang tidak pernah dibuat, untuk memberi kemudahan khususnya kepada anak pekerja-pekerja ladang.

“Kita mahu memastikan anak-anak tidak ketinggalan dalam arus pembangunan kerana anak dan pendidikan adalah aset masa depan, makin pandai, makin mahir mereka, maka majulah negara,” katanya.

Beliau hadir menyempurnakan majlis penyerahan dana kepada enam buah Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil (SJKT) daripada DUN Bukit Melawati di Kolej Universiti Inpens di sini yang turut dihadiri Pegawai Daerah Kuala Selangor, Suliman Abdul Rahman.

Sekolah berasrama itu akan dibina di atas tanah seluas 10 ekar di Coalfield di sini dengan persetujuan pihak pemaju, Syarikat Kuala Lumpur Kepong Berhad.

Kerja-kerja pembinaan kini dalam proses dan dilaksanakan Jabatan Kerja Raya (JKR) Selangor dan dijangka siap pada tahun 2017.

Sementara itu, Penasihat Majlis, K. Vasantha berkata inisiatif Kerajaan Negeri khususnya kepada kaum India merupakan peluang kebajikan yang tidak pernah dirasai sejak puluhan tahun di bawah Barisan Nasional (BN).

“Terima kasih kepada Kerajaan Pakatan Rakyat yang sememangnya ikhlas membantu rakyat tidak kira masa, tidak perlu tunggu pilihan raya.

“Kalau BN, sebelum Pilihan Raya Umum 13 (PRU13) begitu banyak peruntukan dia bagi, tetapi selepas itu satu apa pun tak dapat, tunggulah pilihan raya akan datang,” katanya.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri memberi peruntukan RM 4 juta setahun kepada 97 buah SJKT di seluruh Selangor.

EZY