Blog

Ucapan MB sempena Ulang Tahun Kemerdekaan ke-57

Selangorku Sejahtera Rakyat Terbela

Assalamualikum Warahmatullahitaala Wabarakatuh, dan Salam Kemerdekaan.

Alhamdulillah, dengan kehendak Allah Yang Maha Pengasih Maha Penyayang, kita berpeluang lagi menyambut kedatangan tarikh keramat, 31 Ogos dengan rasa syukur dan bangga.

MBSA edar bendera (1) (1)Kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 adalah pembebasan Tanah Melayu atau Malaya daripada penjajahan Portugis, Belanda, Jepun dan British;

Lantas di bumi pertiwi yang merdeka ini kita bersama meneroka dan mengurus kehidupan duniawi yang diberkati.

Bagi diri saya dan mereka yang seusia, kami berkesempatan melalui kelumit peristiwa menjelang kemerdekaan pada 31 Ogos 1957 dan pembentukan Malaysia pada 16 September 1963. Di bumi tercinta ini, dari generasi ke generasi, berputiknya cinta kita terhadap bangsa, agama dan negara.

Bagi pengetahuan rakyat khususnya warga kelahiran era pascamerdeka, sebenarnya, kira-kira 500 tahun lalu, Kerajaan Melayu Melaka, dari tahun 1390-an hingga tahun 1511, adalah sebuah empayar yang luas dan makmur, mencakupi kawasan Tanah Melayu, Patani, Sumatera, Rokan, Siak, Inderagiri dan Jambi. Hubungan perdagangan dan diplomatiknya merangkumi Asia Tenggara, Negara-Negara Arab, Eropah, India dan China.

Namun, pertembungan kuasa-kuasa Eropah seperti Portugis, Belanda dan British, akhirnya memberi laluan kepada Portugis untuk menawan Kerajaan Melayu Melaka pada 1411.

Pada masa yang sama Belanda memperluas pengaruh dan kuasa di rantau Asia Tenggara dan begitu juga dengan British.

Usaha penjajah itu lantas menyedarkan raja-raja dan rakyat Melayu, lantas mereka memulakan perjuangan secara individu dan berkumpulan, untuk membebaskan negeri-negeri Melayu daripada terus dijajah kuasa asing.

Dalam siri perjuangan itu bukan sedikit titisan air mata dan tumpahan darah di hujung senjata yang tidak setanding dengan kelengkapan pihak penjajah.

Kemuncak perjuangan dan perundingan adalah pengisytiharan tarikh kemerdekaan Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957, seterusnya enam tahun kemudian terbentuknya Malaysia pada 16 September 1963.

Merdeka adalah segala-galanya!
Merdeka adalah kebebasan jasmani dan jiwa
Merdeka adalah kebebasan minda dan kata
Merdeka adalah kebebasan mencipta dan berkarya
Merdeka adalah kebebasan memilih pemimpin
Merdeka adalah kebebasan menyisih pemimpin;

Saudara dan saudari yang saya kasihi sekalian,

Pelbagai pergolakan dan peristiwa turut mempengaruhi dan mendatangkan kesan terhadap pembentukan dasar, plaksanaan corak dan gaya tadbir urus negara yang diusahakan oleh kalangan pemimpin, pentadbir dan pengusaha daripada anak-anak watan.

Sedarlah bahawa kemerdekaan itu ada batas dan etika:
Rujuklah Rukunegara
Tanyalah Pujangga
Tanyalah Cendekia
Tanyalah Sasterawan Negara!

Lumrah kehidupan di negara yang merdeka, antara lain mewajarkan setiap warga bebas beragama, bebas mengemukakan pandangan, wajar mendapat layanan yang adil dan berhak menikmati limpahan daripada kemajuan ekonomi dan pembangunan negara.

Dalam hal ini, tidak harus wujud di pihak kepemimpinan kerajaan yang berkuasa untuk melebihkan habuan kepada kaum-kaum tertentu, jauh sekali bersikap menyalahgunakan kuasa dan mengamalkan rasuah untuk mengayakan diri, sanak saudara atau kroni.

Seperkara lagi, isu lazim yang terus dibangkitkan setiap tiba ulang tahun hari kemerdekaan negara ini adalah perpaduan dan keharmonian dalam kalangan rakyat majmuk di negara ini.

Antara puncanya, mungkin disebabkan kurang pengetahuan sebilangan rakyat terhadap sejarah kemerdekaan sebagaimana yang nukilkan di atas, dan kurang kefahaman terhadap agama dan budaya antara kaum.

Dalam masyarakat majmuk, perpaduan adalah tunjangnya
hubungan baik antara kaum adalah keutamaannya
kerjasama dan tolak ansur adalah syaratnya
menghina bangsa, agama dan budaya adalah pantangnya.

Oleh itu kalangan pemimpin, pendakwah, guru, termasuk ibu bapa perlu terus memberi kefahaman tentang ajaran Islam agar tidak terus dihina dan dicerca.

Misalnya umat Islam sendiri dilarang menghina atau mencerca berhala atau sembahan agama selain Islam. Ajaran ini adalah juga sebenarnya bagi mematuhi peringatan Allah dalam al-Quran, surah al-An’am, ayat 108, iaitu Allah mengingatkan manusia supaya tidak mencerca sembahan agama lain kerana dikhuatiri manusia ini kelak menghina Allah disebabkan mereka kurang makluman atau pengetahuan.

Saya berharap supaya generasi sekarang dan seterusnya berusaha mengukuhkan konsep bangsa Malaysia yang padu dan tahan uji lantaran anda semua melalui proses pendidikan kebangsaan di negara merdeka.

Saudara dan saudari yang saya kasihi,

Di negeri Selangor, penduduk majmuknya kini lebih 5.7 juta orang, iaitu jumlah tertinggi di Malaysia. Saya dan barisan pemimpin sentiasa berusaha bagi menjadikan negeri Selangor Darul Ehsan ini menjadi contoh pentadbiran yang terkehadapan dalam hal membentuk negara bangsa yang sejiwa dan sekata.

Sejak tahun 2008, Kerajaan Negeri melaksanakan dasar “Merakyatkan Ekonomi Selangor” dengan menyalurkan pelbagai program, skim dan insentif kepada pelbagai segmen dalam masyarakat majmuk secara adil dan saksama.

Pendek kata, sehingga kini, hampir empat juta orang rakyat Selangor dengan peruntukan melebihi RM1 billion telah menikmati limpahan kemajuan negeri ini menerusi satu atau lebih daripada 20 program atu insentif Merakyatkan Ekonomi Selangor.

Usaha ini semua adalah bertujuan mengagihkan kembali limpahan daripada kemajuan negeri kepada rakyat supaya dinikmati bersama. Bahkan usaha ini bertujuan memberi erti sebuah kemerdekaan apabila kalangan pemimpin dan seluruh rakyat bersama berusaha mengekalkan keharmonian dan kesejahteraan serta kemakmuran negeri Selangor yang termaju dan terkaya di Malaysia.

Penduduk di Selangor juga bertuah kerana dipayungi oleh pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Sultan yang prihatin, bijaksana dan mesra rakyat jelata. Urusan perniagaan dan perdagangan bertambah maju, ajaran Islam disanjung diimarah di masjid dan surau; manakala agama dan budaya lain turut dibiaya, dijaga.

Seperkara lagi, saya mahu berpesan kepada rakyat negeri ini khususnya agar terus berusaha mengenal dan bersahabat dengan kaum-kaum lain kerana cara ini dapat mengukuhkan perpaduan.

Dalam al-Quran, surah al-Hujarat, ayat 13, yang antara lain bermaksud bahawa Allah menjadikan manusia lelaki dan perempuan, dan berbangsa-bangsa, supaya saling mengenal…

Kita juga perlu menghormati institusi raja berperlembagaan dan Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959, termasuk menghormati pemimpin yang menjalankan tanggungjawab dengan baik, adil dan berintegriti. Saya perlu menyentuh hal ini kerana akhir-akhir ini terdapat pula pihak tertentu yang menggunakan media sosial untuk mempersoalkan hak mutlak Sultan atau institusi beraja Selangor dan Raja-Raja Melayu.
Rakyat Selangor yang saya sayangi,

Oleh itu, di kesempatan ini, saya mengucapkan terima kasih kepada kalangan penjawat awam dan seluruh lapisan rakyat yang bekerja bersama saya sejak Mac 2008, untuk mentadbir urus kerajaan negeri ini dengan penuh berhemat, berhemah dan berintegriti bagi kesejahteraan rakyat dan kemakmuran negeri yang kita kasihi.

Saya memohon ampun dan maaf seandainya tutur kata dan tingkah laku serta keputusan dan tindakan saya tidak disenangi atau dipersetujui oleh rakyat Selangor sekalian. Semoga Allah sentiasa memberikan perlindungan dan kesejahteraan kepada kita semua.

Sekianlah sahaja. Terima kasih. Wassalamualaikum Warahamatullahi wabarakatuh, dan Salam Perpaduan. Selangorku Sejahtera Rakyat Terbela.

Merdeka! Merdeka! Merdeka!