Blog

TUNAS : Lebih 1,000 ibu bapa hadir daftar anak

Oleh: LIZAWATI MADFA

KUALA LANGAT, 14 NOV: Lebih 1,000 warga Kuala Langat membanjiri Dewan Orang Ramai Teluk Panglima Garang sempena Hari Terbuka Skim Tunas Selangor di sini, hari ini.

Bermula jam 8 pagi, ibu bapa dilihat berpusu-pusu mendaftar Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) bagi anak berumur 5 dan 6 tahun untuk sesi 2016.

Selain pendafataran, ibu bapa turut diberikan taklimat berkenaan program yang memberi bantuan RM50 sebulan kepada mereka yang layak itu.

tunas sg pelek halimah 02Turut diadakan adalah pameran dan pendaftaran tadika dan pra sekolah serta program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES).

Pada masa sama, kanak-kanak juga berpeluang menyertai pertandingan mewarna selain motivasi keibubapaan (‘parenting talk’) khusus kepada ibu bapa.

Bantuan TUNAS tidak disalurkan dalam bentuk wang tunai sebaliknya dalam bentuk yuran yang dimasukkan terus kepada tadika berdaftar dengan Majlis Permuafakatan Tadika Selangor.

Antara syarat kelayakan TUNAS adalah warganegara Malaysia sama ada ibu atau bapa mahupun anak yang lahir dan bermastautin di Selangor secara sah sekurang-kurangnya 5 tahun.

Status permastautinan disahkan Ketua Kampung, Penghulu, Pengerusi Taman Perumahan, Senator, Adun atau Ahli Majlis.

Pendapatan isi rumah juga tidak boleh melebihi RM2,500 dan hanya untuk anak yang berumur 5 dan 6 tahun sahaja.

Pendaftaran juga boleh dilakukan secara atas talian di laman web e-tunas.org atau boleh juga hubungi 03-5510 3468.

-nR-