Blog

Exco: Kelewatan bayaran TUNAS diteliti

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 OGOS: Kerajaan Negeri akan meneliti isu kelewatan pembayaran Skim Bantuan Tadika Selangor (TUNAS) seperti dibangkitkan di Dewan Negeri Selangor (DNS) baru-baru ini.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata ia termasuk mengambil kira sekiranya peruntukan itu boleh disalurkan terus kepada Rantaian Mesra Sdn Bhd (RMSB) untuk tujuan pembayaran.

Katanya, model pembayaran secara terus itu dilihat banyak membantu proses pembayaran Skim Kesihatan Wanita dan Skim Bantuan Asuhan Rakyat (SI KEMBAR).

NIK NAZMI (1)“Kelewatan antara lain berpunca daripada senarai permohonan yang terpaksa dibuka semula kerana tidak lengkap.

“Permohonan juga semakin meningkat selain peruntukan yang bertambah berbanding tahun sebelumnya,” katanya kepada Selangor Kini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim, berkata proses pembayaran Skim TUNAS kepada pengusaha tadika melalui karenah birokrasi.

Nik Nazmi berkata, proses pembayaran buat masa ini dikendalikan sepenuhnya RMSB dengan kerjasama Unit Pendidikan Bahagian Pengurusan Sumber Manusia (BPSM) dan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Selangor (SUK).

“Proses ini juga perlu melalui beberapa peringkat kelulusan termasuk daripada Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) dan Perbendaharaan Negeri Selangor (PNS),” katanya.

-nR-