Blog

Menteri disaran cetus idea bernas selesai isu perumahan rakyat

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 10 SEP: Kerajaan Persekutuan tidak sepatutnya mencampur aduk peranan pemaju apabila mencadangkan memberi pinjaman kepada pembeli.

Exco Perumahan, Pengurusan Bandar Dan Kehidupan Bandar, Dato’ Iskandar Abdul Samad, berkata pemaju sepatutnya memberi tumpuan kepada peranan membina rumah manakala bank memberi tumpuan menyediakan pembiayaan.

“Saya bersetuju dengan pandangan pemaju yang menolak cadangan Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan Dan Kerajaan Tempatan agar pemaju dibenarkan memberi pinjaman kepada mereka membeli rumah dari pemaju.

“Kerajaan Persekutuan perlu memastikan setiap pihak melaksanakan tanggungjawab dan tidak mencampuradukkan peranan masing-masing bagi mencapai matlamat mereka,” katanya dalam kenyataan.

Katanya, sebaliknya Kerajaan Persekutuan sepatutnya menubuhkan tabung atau badan menyediakan pinjaman untuk rakyat yang gagal memperolehi pinjaman dari bank.

“Saya yakin rakyat merasa lega jika satu tabung khusus dengan modal permulaan sebanyak RM300 juta dapat ditubuhkan.

“Jumlah ini hanya sekadar separuh dari kos projek Taman Tugu dicadangkan dan manfaatnya dapat dirasakan lebih ramai rakyat,” katanya.

rumah selangorku 2Kerajaan Selangor menawarkan beberapa skim untuk mereka yang gagal memperolehi pinjaman bank antaranya skim Dana Selangor (DANASEL) yang merupakan skim sewa beli.

Fasa pertama skim itu melibatkan 118 pembeli pangsapuri kos rendah Rimba Jaya, Shah Alam dan seramai 32 keluarga telah pun berpindah masuk.

Katanya, Kerajaan Persekutuan perlu mencontohi Kerajaan Negeri dengan mewujudkan skim sama untuk semua pembeli rumah dan tidak hanya mereka hendak membeli Projek Perumahan Rakyat (PPR).

“Tetapi kemampuan Kerajaan Negeri adalah terhad. Hanya RM20 juta dapat disediakan untuk tahun ini.

“Saya berharap Menteri terlibat mencetuskan idea dengan mencari inisiatif baru menyelesaikan masalah perumahan rakyat dan bukan menyerahkan tanggungjawab mereka kepada pihak lain,” katanya.

EZY