Blog

Kamsari dilantik Pengurus Besar YAWAS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 OKT: Kamsari Nasir dilantik sebagai Pengurus Besar Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS), berkuatkuasa 1 September lalu.

Dalam kenyataan media yang dikeluarkan YAWAS, pelantikan Kamsari itu bagi mengantikan Bekas Pengurus Besar, Mohd Nor Mohd Zin.

Selain itu, dimaklumkan operasi Rantaian Mesra Sdn Bhd kini beroperasi sepenuhnya di bawah pengurusan syarikat YAWAS, berkuatkuasa 17 Oktoberini.

yawasSegala urusan surat-menyurat berkaitan program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) di bawah kendalian YAWAS & RMSB perlu dialamatkan di pejabat YAWAS yang terletak di Aras 5, Kompleks Belia & Kebudayaan Negeri Selangor, Lot 4, Jalan Platinum 7/52, Seksyen 7, Persiaran Kayangan,40000 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan.

Tabung Warisan Anak Selangor atau singkatannya TAWAS antara program penting dalam agenda MES Fasa 1.

TAWAS serta logonya selamat dilancarkan secara rasmi sempena dengan Sambutan Ambang Merdeka Peringkat Negeri Selangor, pada 30 Ogos 2008.

Program itu diuruskan YAWAS dan terbuka kepada anak kelahiran Negeri Selangor yang memenuhi syarat.

Pada 17 Ogos 2015, menerusi Mesyuarat Kedua Penggal 3 dalam Sidang Dewan Negeri Bahagian Ketiga Belas, satu Enakmen Tabung Amanah Warisan Anak Selangor diluluskan bertujuan memastikan Ahli TAWAS menerima RM1, 500 apabila mencapai usia 18 tahun dan tabung amanah berkenaan diuruskan Kerajaan Negeri.

Bermula 1 Mac 2014, YAWAS memperkenalkan Skim Khairat Kematian TAWAS bernilai RM 1,500 yang akan diberikan kepada waris ahli TAWAS sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

-NFN-