Blog

4,552 terima manfaat SKW sejak 2015

OLEH NAZLI BRAHIM

SHAH ALAM, 9 NOV: Seramai 4,552 wanita menerima manfaat daripada Program Skim Kesihatan Wanita (SKW) dengan peruntukan RM575,643.80 sejak 2015 hingga 30 September lalu.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Hal Ehwal Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program yang dilancarkan sejak 2010 itu bertujuan mengiktiraf peranan dan sumbangan wanita terhadap aspek pembangunan juga kesejahteraan negeri.

“Kempen Jelajah MammoSel turut diperkenalkan dengan kerjasama Majlis Kanser Negara (MAKNA) dan BP Healthcare bagi memenuhi keperluan pemeriksaan saringan mammogram peserta luar bandar,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kuala Kubu Baharu, Lee Kee Hiong di Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Dr Daroyah berkata, Kerajaan Negeri turut memperluaskan pembekalan perkhimatan saringan kepada tujuh pembekal supaya dapat dikembangkan ke lokasi lain, sekali gus menambahbaik pelaksanaan SKW.

Pembekal perkhidmatan itu adalah MAKNA, National Canser Society Malaysia (NCSM), Salam Specialist Hospital, Darul Ehsan Medical Centre (DEMC), BP Health Care, KPJ dan Columbia Asia.

-AA-