Blog

10,000 dijangka kunjungi Karnival Pendidikan Smart Selangor

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 26 NOV: Seramai 10,000 pengunjung dijangka memeriahkan Karnival Pendidikan Smart Selangor 2016, di SACC Convention Centre, bermula semalam dan berakhir 27 November ini.

Karnival anjuran Jawatankuasa Tetap Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Selangor itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Kerajaan Negeri merancakkan lagi sektor pendidikan negeri.

Menariknya, pelbagai pengisian dan pertandingan diadakan sebagai inisiatif menyemarakkan lagi penganjuran program tersebut.

Tumpuannya termasuklah penganjuran Pertandingan Melukis dan Mewarna, Pencarian Huffaz Cilik bersama Al-Baghdadi, Bazar Cilik, Pertandingan Bakat dan Kreativiti Kanak-Kanak Tadika Selangor, Seminar Motivasi dan Pameran Pendidikan.

Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, penganjuran karnival berkenaan juga dibuat secara serentak bersempena Sambutan Hari Tadika Selangor 2016.

“Ia sebagai tanda penghargaan Kerajaan Negeri kepada guru dan pengusaha tadika yang terlibat dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak.

“Karnival ini juga turut menampilkan membawakan tokoh serta pakar pendidikan untuk membincangkan pelbagai perihal pendidikan termasuklah di dalam pendidikan awal kanak-kanak, seminar keibubapaan dan bicara psikologi pendidikan.

“Pengunjung juga terutamanya ibu bapa, boleh mengambil peluang ini untuk membuat persiapan awal bagi kanak-kanak yang akan kembali ke sekolah pada tahun hadapan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Perasmian, pagi ini yang turut dihadiri Pengarah Perbadanan Perpustakaan Awam Selangor, Mastura Mohamad.

Dalam perkembangan tersebut, turut diadakan Pengisytiharan Konvokesyen Si Cilik TUNAS membabitkan tadika seluruh negeri yang menerima manfaat di bawah program Skim Bantuan Tadika Selangor.

=EZY=