Blog

Program MammoSel terus disemarakkan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 19 DIS: Seramai 26 wanita dari DUN Bukit Antarabangsa menerima perkhidmatan Pemeriksaan Mammogram Percuma Selangor (MammoSel) secara percuma di Hospital Columbia Asia, Setapak, baru-baru ini.

Exco Kesihatan, Kebajikan, Pembangunan Wanita dan Keluarga, Dr Daroyah Alwi berkata, program di bawah agenda Merakyat Ekonomi Selangor (MES) itu turut mendapat kerjasama Pusat Wanita Berdaya (PWB) dari semua DUN.

“Seluruh wanita di Selangor disarankan untuk menyertai program ini bagi memastikan kesihatan wanita terjaga dan dalam keadaan optimum.

“Kerajaan Negeri amat menitikberatkan soal kesihatan terutama golongan wanita,” katanya dalam kenyataan.

Golongan wanita berusia 40 tahun ke atas layak mendapatkan perkhidmatan itu secara percuma di Pusat Khidmat DUN masing-masing atau hubungi Rantaian Mesra Sdn Bhd untuk maklumat lanjut.

Terdahulu, dalam Belanjawan Selangor 2017, Kerajaan Negeri meluluskan RM1 juta untuk pelaksanaannya dengan mensasarkan 5,000 wanita menerima manfaat.

Sehingga kini, 22,505 wanita sudah menerima insentif terbabit sejak 2008.

-AA-