Blog

500,224 unit rumah dan penjaja dikecuali cukai taksiran dan fi lesen

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 17 JAN: Sejumlah 500,224 unit rumah dan penjaja layak menerima pengecualian cukai taksiran dan fi lesen perniagaan diteruskan bagi 2017.

Exco Kerajaan Tempatan, Pemutihan Kilang Haram dan Pembangunan Kampung Baru, Ean Yong Hian Wah berkata, jumlah itu membabitkan lebih RM68 juta.

Katanya, daripada jumlah itu sebanyak 322,637 unit kos rendah, 85,881 unit kediaman kampung dan 91,706 penjaja di seluruh negeri.

“Sembilan kategori penjaja yang terbabit ialah gerai majlis, pasar majlis, kiosk majlis, pondok bas penjaja, pasar malam, pasar pagi, pasar swasta dan permit penjaja sementara,” katanya dalam sidang media, di sini.

Hian Wah berkata salah satu inisiatif peduli Kerajaan Negeri untuk menyantuni pemilik rumah kos rendah serta penduduk kampung tradisi, kampung baru dan kampung bagan pada 2016 adalah dengan mengecualikan cukai taksiran.

“Peniaga kecil juga senantiasa mendapat perhatian daripada Kerajaan Negeri dengan menikmati pengecualian fi lesen perniagaan,” katanya.

Pada 2016, Kerajaan Negeri menerima impak kewangan berjumlah RM62 juta selepas pelaksanaan program berkenaan.

Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dalam Belanjawan 2017 mahu semua pihak berkuasa tempatan (PBT) mengambil tindakan awal bagi memastikan pengecualian ini dilaksanakan serta merta mulai 1 Januari 2017.

=EZY=