Blog

Lebih 1,000 pelajar sertai Program Tuition Online

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 26 JULAI: Seramai 1,054 pelajar menikmati Program Tuisyen Di Atas Talian (Tuition Online), sejak mula diperkenal pada 5 April lalu.

Exco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, ia melibatkan pelajar sekolah menengah yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di kesemua 56 Dewan Undangan Negeri (DUN).

“Kita masih belum melaksanakan sebarang kajian keberkesanannya memandangkan ia masih lagi baru.

“Kerajaan Negeri bercadang melakukan kajian apabila program tuisyen online ini matang pada tempoh tertentu,” katanya pada sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di sini, semalam.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri Seri Serdang, Noor Hanim Ismail berhubung keberkesanan program berkenaan.

Nik Nazmi berkata, Kerajaan Negeri berhasrat melaksanakan kajian keberkesanan selepas tamat peperiksaan SPM untuk dibuat perbandingan dengan sebelum peperiksaan berlangsung.

“Kita akan meninjau sekiranya terdapat ruang untuk diperbaiki dan mengambil kira solusi tuisyen online lain yang boleh digunakan Kerajaan Negeri,” katanya.

=EZY=