Blog

Pilih ‘ori’, buang ‘copy’ – Amirudin

OLEH NAZLI IBRAHIM

GOMBAK, 27 APR: Rakyat Selangor, khususnya pengundi Sungai Tua disaran mengekalkan kerajaan yang sentiasa melahirkan idea segar dalam usaha meningkatkan perkhidmatan kepada rakyat.

Calon Dewan Undangan Negeri (DUN) N.16 Sungai Tua, Amirudin Shari berkata, sebaliknya rakyat harus menolak kerajaan yang hanya mampu meniru idea-idea yang dilahirkan Kerajaan Negeri.

“Semasa Dato’ Menteri Besar pergi ke Kedah, satu papan tanda besar tertulis ‘Peduli Rakyat’ menyambut kedatangan beliau di Kedah. Selangor dah gunakan idea itu sejak beberapa tahun lalu.

“Mereka memang tidak ada idea tetapi hanya pandai meniru idea kita. Maka kalau kita di sini dah ada yang ‘ori’ (tulen), kenapa nak pilih yang ‘copy’ (tiruan),” katanya pada Program Menyantuni Pengundi DUN Sungai Tua di Padang Awam Taman Batu Caves, di sini, hari ini.

Jelasnya, Kerajaan Negeri juga mewujudkan pelbagai skim untuk rakyat di bawah program Inisiatif Peduli Rakyat (IPR).

Katanya, antaranya skim HIJRAH di mana sehingga kini sudah mencatatkan 42,000 perserta di seluruh Selangor.

Sejak Selangor ditadbir Pakatan Rakyat (selepas itu Pakatan Harapan) pelbagai idea-idea dilahirkan Kerajaan Negeri menjadi ikutan Kerajaan Negeri Barisan Nasional (BN).

Antaranya, program bas percuma Smart Selangor, Pusat Tuisyen Rakyat Selangor (PTRS), Rumah Mampu Milik, Skim Smart Sewa dan beberapa skim lain.