Blog

Bantuan Skim Ceria diperluas, tingkat fasiliti pangsapuri

OLEH ERMIZI MUHAMAD

AMPANG, 23 JUN: Senarai pangsapuri seluruh negeri yang memerlukan bantuan di bawah Skim Ceria Kerajaan Selangor disudah diserahkan kepada Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS) untuk tindakan lanjut.

Exco Tetap Perumahan dan Kehidupan Bandar, Haniza Talha berkata, lebih banyak lagi perumahan pangsapuri memerlukan akan dibantu di bawah pelaksanaan dasar perumahan itu.

“Di peringkat Kerajaan Negeri, kita akui bahawa wujud keperluan penambahan senarai pangsapuri yang perlu dibantu di bawah Skim Ceria.

“Namun atas faktor baki peruntukan terhad sedia ada untuk tahun ini, keperluan bantuan hanya tertumpu kepada pangsapuri yang benar-benar rosak dengan keadaan fasiliti lama.

“Namun Kerajaan Negeri yakin, bantuan boleh diperluas untuk tempoh akan datang berdasarkan keperluan dan penambahan peruntukan tahun depan,” katanya.

Beliau diminta mengulas cadangan umum terhadap keperluan pembaikan berterusan dilakukan Kerajaan Negeri terhadap unit pangsapuri terbiar, buruk dan rosak di negeri ini.

Sebelum ini, Ahli Dewan Negeri (ADN) Lembah Jaya itu secara terbuka menyatakan komitmennya untuk memperluas pelaksanaan skim berkenaan di seluruh negeri.

Beliau berkata, ia bagi membolehkan warga perumahan pangsapuri kos rendah dan sederhana seluruh negeri menikmati manfaat daripada skim yang mula diperkenalkan di bawah dasar Kerajaan Pakatan.

Untuk rekod, Kerajaan Negeri melancarkan Skim Ceria bagi tujuan pembaikan baikpulih kerosakan harta bersama pangsapuri rendah dan sederhana di Selangor.

Haniza berkata, skim berkenaan mampu menyelesaikan isu bangunan-bangunan lama yang memerlukan pembaikan dan tumpuan wakil rakyat setempat.

Terdahulu, Haniza bercakap kepada SelangorKini ketika turun padang meninjau keadaan mangsa yang terjejas akibat hujan lebat di kawasan perumahan Kampung Dato’ Mufti Shuib Ampang, pagi ini.

Beliau turut menyerahkan bantuan khas daripada pejabat Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya sebagai inisiatif meringankan beban mangsa.

=EZY=