Blog

Segera sedia kerangka industri berimpak tinggi

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 26 NOV: Kerajaan Negeri disaran menyediakan kerangka tindakan berfokuskan pembangunan industri berimpak tinggi (high impact industry) dengan segera.

Ahli Dewan Negeri Gombak Setia, Muhammad Hilman Idham berkata, hal itu kerana cabaran ‘distruptive forces’ Revolusi Perindustrian 4.0 perlu digarap segera.

Katanya, ia termasuk ilmu berkait kemahiran berkaitan robotik, ‘artificial intelligence’, ‘Internet of Things’, ‘big data’ dan teknologi ‘blockchain’.

“Saya juga ingin mencadangkan supaya Kerajaan Negeri segera menjadikan Cyberjaya sebagai sebuah projek perintis bagi membangunkan bandar pintar yang lengkap dengan kemudahan dan prasarana berteknologi pintar.

“Usaha mengklusterkan Shah Alam, Subang Jaya, Puchong dan Cyberjaya sebagai Gugusan Industri Teknologi Tinggi dan Science Park adalah suatu langkah yang tepat dan bijaksana,” katanya pada sesi perbahasan Belanjawan Negeri, di sini.

Pada masa sama, Muhammad Himan turut mencadangkan Kerajaan Negeri turut menyediakan ruang dan peluang lebih besar kepada generasi muda di Gombak, Serdang dan Hulu Langat untuk menyertai program Inisiatif Kemahiran Teknikal dan Ikhtisas Smart Selangor (IKTISASS).

“Saya percaya, dengan tumpuan serius kepada pemberdayaan golongan belia, kelompok akademia dan penyelidik, Selangor akan terus menjadi pemangkin kepada kemunculan industri strategik yang baharu,” katanya.