Blog

Maklum balas bantuan perlu tepati kehendak

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 30 NOV: Sekolah bukan bantuan penuh kerajaan yang mendapat peruntukan Kerajaan Negeri perlu membuat maklum balas supaya bantuan disalurkan itu menepati keperluan atau tidak.

Dato’ Menteri Besar, Amirudin Shari berkata, hal itu bagi mengelakkan peruntukan disalurkan tidak memenuhi kehendak atau keperluan semasa.

“Komitmen penuh diberikan khususnya kepada bidang pendidikan, justeru kita mahu maklum balas pihak berkenaan sama ada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) atau pengurusan sekolah yang lain supaya mengambil maklum perkara ini.

“Kerajaan Negeri juga mengutamakan pembangunan infrastruktur terlebih dahulu berbanding keperluan sumber manusia bagi memartabatkan institusi pendidikan.

“Dasar memberi bantuan kepada sekolah bukan bantuan penuh juga akan terus dilaksanakan, manakala bagi sekolah penuh bantuan kerajaan, ia masih terletak di bawah Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri bimbang kos Kerajaan Negeri akan terganggu sekiranya ia turut dibantu,” katanya.

Pada masa sama, Amirudin berkata, semua Ahli Dewan Negeri (ADN) disaran menjalin hubungan baik dengan Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) bagi memudahkan menyalur aduan membabitkan infrastruktur berdekatan di sekolah.