Blog

Jangan anak tirikan Selangor kerana negeri kaya

OLEH NAZLI IBRAHIM

SEPANG, 4 MEI: Status Selangor sebagai negeri kaya tidak boleh dijadikan alasan untuk Kerajaan Persekutuan memberi peruntukan lebih kecil, berbanding negeri lain dalam beberapa sektor khususnya kesihatan.

EXCO Kesihatan, Kebajikan, Pemberdayaan Wanita dan Keluarga, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, antara isu yang perlu diberi perhatian membabitkan kesesakan di hospital dan klinik kesihatan, terutama di kawasan bandar.

“Walaupun ini kerja Kementerian Kesihatan Malaysia, nanti ada orang yang kata kenapa saya sibuk. Tetapi takkanlah setiap kali bila ditanya (rakyat) saya nak jawab, kementerianlah yang punya salah, saya tak boleh cakap macam itu.

“Serupa juga dengan jalan raya, jalan raya Persekutuan di Selangor teruk, takkanlah kami nak kata jalan itu Jabatan Kerja Raya di bawah Persekutuan kerana rakyat tak boleh terima alasan itu.

“Kerajaan Persekutuan dan Negeri di bawah bendera yang sama, jadi janganlah kami dianak tirikan hanya kerana mengatakan Selangor ini kaya” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya pada Majlis Pelancaran Hari Tanpa Tembakau dan Nafas Baru Bermula Ramadan Peringkat Kebangsaan, di Pantai Bagan Lalang, di sini hari ini.

Siti Mariah berkata, kesesakan yang berlaku turut menyebabkan peruntukan disediakan Kerajaan Negeri bagi Skim Peduli Sihat dihabiskan pada tiga bulan pertama kerana mereka enggan menghabiskan masa menunggu yang panjang di klinik kesihatan dan hospital.

Katanya, tindakan segera Kerajaan Persekutuan mampu membantu pemimpin peringkat negeri berhadapan persoalan ditimbulkan rakyat membabitkan isu kekurangan klinik kesihatan dan jalan raya.

“Jika 10 tahun lalu hingga ke tahun lalu kami terpaksa bersaing dengan Persekutuan untuk mendapat perhatian rakyat tetapi sekarang berilah sedikit muka kepada kami kerana kita di Selangor menjadi tempat ramai menteri, timbalan speaker dan lain-lain.

“Di Selangor, penduduknya lebih enam juta lebih tetapi peruntukannya kurang berbanding negeri lain,” katanya.

Sementara itu, Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad ketika merasmikan program sama berkata, kementeriannya akan memberi perhatian serius terhadap saranan Siti Mariah.