Blog

Permohonan AnIS secara dalam talian dibuka hari ini

SHAH ALAM, 7 OGOS : Permohonan Bantuan Khas Anak Istimewa Selangor (AnIS) secara dalam talian dibuka hari ini.

Yayasan Warisan Anak Selangor (YAWAS) menerusi kenyataan hari ini memaklumkan, bantuan itu terbuka kepada pemohon yang mempunyai tanggungan anak Orang Kelainan Upaya (OKU).

Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban ibu bapa atau penjaga kepada anak OKU ketika mengalami kecemasan.

“Had permohonan bantuan AnIS bagi setiap pemohon adalah berjumlah RM5,000 setahun.

“Ia juga bertujuan meringankan beban ibu bapa atau penjaga bagi menanggung kos saringan kesihatan anak mereka ketika mendapatkan rawatan hospital, kos pendidikan dan pembelian peralatan khas bagi tujuan pemulihan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Pada masa sama, kenyataan itu turut memaklumkan, syarat permohonan adalah warganegara Malaysia, ibu bapa atau penjaga mempunyai anak OKU bawah usia 18 tahun yang lahir di Selangor atau sedang menetap di negeri ini.

Selain itu, katanya, syarat lain adalah ibu bapa atau penjaga kepada anak pemegang Kad OKU yang sah dikeluarkan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).

“Pendaftaran menggunakan borang secara manual masih dibenarkan dan borang masih boleh didapati di Pusat Khidmat Masyarakat berdekatan kawasan masing-masing,” katanya.